Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, May 25, 2016

Uqasha Senrose Dedah Ditipu Rakan Kongsi


Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan perniagaan tudung bawah jenama Uqasha Senrose Collection yang dilancarkan pada September tahun lalu lingkup akibat ditipu oleh rakan kongsinya.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata, janji keuntungan bakal dikongsi sama rata tidak ditunaikan malah mendapati individu berkenaan hanya menggunakannya untuk menjual tudung berkenaan.

"Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

"Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan,"
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis prebiu media Syukur Selalu Ramadan TV3 dan TV9 2016 di Hotel Le Meridien di sini, Selasa.

Pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy Itu turut dipilih sebagai duta Syukur Selalu disamping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Raja Afiq.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.

Malah kata Uqasha, sepanjang sembilan bulan perniagaan itu berjalan dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.

"Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.

"Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya," jelasnya.

Bagaimanapun Uqasha enggan mendedahkan jumlah pelaburan dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana enggan mengenang lagi kejadian tersebut. 
Sementara itu, Uqasha berkata, dia bersetuju bekerjasama dengan individu berkenaan selepas berasa yakin dengan pelan perniagaan yang telah disediakan meskipun sebelum ini dia banyak menerima tawaran sebagai duta tudung.

Jelasnya, walaupun ada kontrak di antara mereka namun dia mengakui mempercayai rakan kongsinya itu tanpa meneliti butiran dalam perjanjian sebelum memulakan jenamaUqasha Senrose Collection.
"Salah saya juga mudah percaya dan tidak membaca kontrak dengan teliti tetapi nasi telah menjadi bubur dan akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Malah kata Uqasha, dia bercadang untuk memulakan jenama baharu dan akan mengusahakan sendiri perniagaan tudung tanpa melibatkan pihak lain.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...