Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Wednesday, May 25, 2016
Ziana Zain cuba Ketam Cili Abang Terlajak Laris
Bekas juri Maharajalawak Mega 2016, Ziana Zain teruja dapat mencuba Ketam Cili, air tangan Datuk Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris.
Selain itu, Ziana turut mengakui ketam adalah makanan kegemarannya.
Bagaimanapun Ziana tidak memberitahu kepada Aliff Syukri tentang kedatangannya ke rumah untuk merasa hidangan disediakan pengusaha kosmetik popular itu.
Sementara itu, Aliff Syukri pula berdepan cabaran untuk memasak tiga bahan yang disediakan produksi iaitu, ketam, tauhu kering dan terung dalam masa 30 minit.
Ketika itulah penonton dapat melihat tekanan dihadapi Aliff Syukri ketika berada di dapur rumahnya termasuk aksinya yang terkial-kial ketika memotong terung dan mengisar bahan-bahan masakan.
Menariknya, selepas mengetahui Ziana bakal merasa masakannya, Aliff Syukri terkejut kerana tidak menyangka penyanyi pujaannya itu sudi masuk ke dapurnya!
Dia juga hampir memeluk Ziana ketika melihat penyanyi Puncak Kasih itu berada di depan mata.
Ziana juga kagum dengan kesungguhan dan kepakaran Aliff Syukri yang menjadi jutawan dalam usia muda dan mampu memberi inspirasi kepada peniaga baru.
Untuk menyaksikan aksi selamba Aliff Syukri di dapur, jangan lupa untuk menonton program terbaru Masaklah Kau yang disiarkan di Astro Prima (105) dan Maya HD (132) jam 9.30 malam ini (Selasa).
Masaklah Kau dihoskan oleh pengacara terkenal Faizal Ismail selaku dalang untuk memeriahkan lagi suasana program ini.
Sebelum itu, sila dapatkan pelbagai resepi masakan dan hidangan di Aplikasi Suudu dengan memuat turun di App Store atau Google Play.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.
~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment