Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong 3-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Hong Kong.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali menghadiahkan gol pertama buat skuad Harimau Malaya pada minit ke-59 sebelum Safiq Rahim menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan percuma pada minit ke-81.
Mohd. Fakri Saarani menambah derita tuan rumah pada masa kecederaan apabila berjaya menyambar bola sepakan percuma Safiq untuk gol ketiga skuad negara. -
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment