Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, April 16, 2012

Anas Peroleh Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut


Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan masih lagi kekal mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 64 markah pada konsert kedua Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad.

Anas yang merupakan peserta kumpulan A mengalahkan dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Syuhada (41 markah) dan Ferhad, Tisha (44 markah).

Juri tetap, Ramli MS berkata, peserta-peserta Mentor 6 masih lagi belum mencapai tahap sebagai seorang penyanyi profesional.

"Ini merupakan persembahan program kebangsaan. Saya ingin mengingatkan kepada semua peserta bahawa mereka perlu mencapai tahap persembahan masing-masing.

"Dan setakat ini mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Banyak lagi perkara yang perlu diasah," katanya.

Pada konsert kedua bagi kumpulan A itu, Anas membawakan lagu Dewi dan berduet bersama dengan protege Ella daripada kumpulan B, Caroline untuk lagu Keliru.

Tisha pula tampil dengan lagu Naluri Lelaki dan berduet dengan KJ (protege Adam) menerusi lagu Aku Dan Dirimu.

Manakala Ana Syuhada membawakan lagu Patah Seribu serta Someone Like You secara duet bersama Zatul (protege Ogy).

Sebelum ini pada konsert minggu pertama kumpulan A, Anas memperoleh markah keseluruhan sebanyak 79, Tisha (55) dan Ana pula mendapat 51 markah.

Sharifah Aini yang juga merupakan juri tetap bersama Ramli MS berkata dia amat gembira dengan persembahan kesemua peserta secara keseluruhan.

Sementara itu, kesemua peserta Mentor akan mengadakan persembahan showcae di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu (18 April) pukul 3 petang.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...