Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, July 4, 2012

Villas-Boas Pengurus Baru Spurs



Bekas bos Chelsea, Andre Villas-Boas disahkan sebagai pengurus baru Tottenham semalam, menggantikan Harry Redknapp yang meletak jawatan bulan lalu.

"Kelab dengan sukacita mengumumkan Andre Villas-Boas sebagai ketua jurulatih," kata kelab itu.

Pelantikan itu menandakan kepulangan dramatik ke Liga Perdana Inggeris buat Villas-Boas, yang dipecat sebagai pengurus Chelsea pada Mac lalu, hanya lapan bulan daripada kontrak tiga tahun.

Villas- Boas, 34, yang tiba di Chelsea selepas kejayaan bersama Porto, berjaya menyakinkan pengurus Spurs, Daniel Levy bahawa dia adalah individu terbaik untuk membina semula legasi Redknapp.

Keutamaan Villas-Boas itu untuk memastikan Tottenham kembali layak ke Liga Juara-Juara setelah terlepas slot ke kejohanan kelab Eropah itu musim lalu.

Walaupun menamatkan saingan EPL di tempat keempat, Spurs gagal layak ke saingan musim depan selepas Chelsea muncul juara di Munich. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...