Pada awal permainan, jurang status kedua-dua pasukan langsung tidak dihiraukan Kelantan dan tampak lebih bermotivasi untuk mencatatkan keputusan positif dengan gandingan Norshahrul Idlan Talaha bersama Keita Manjou berjaya menghasilkan percubaan bahaya.
Bagaimanapun, keghairahan anak buah Bojan Hodak memasang perangkap ofsaid mengundang padah apabila pada minit ke-16 bolos buat kali pertama selepas Shaun Wright Phillips bijak meloloskan diri untuk meledak gol pertama pasukannya.
Kemasukan penyerang import lincah, Mohammed Ghaddar pada separuh masa kedua sedikit membawa perubahan di jentera serangan Kelantan tetapi faktor kematangan menjadi pemisah antara skuad Kijang dan QPR apabila kelicikan Michael Harriman berjaya menghasilkan gol kedua kelab Inggeris itu pada minit 52.
QPR kembali menemui rentak sebenar dan ia dibuktikan dengan tambahan dua gol hasil jaringan Jamie Mackie pada minit ke-73 serta ledakan Bobby Zamora, sembilan minit sebelum tamat permainan.
Walaupun anak buah Bojan cuba mengatur asakan, namun kekebalan pertahanan lawan diketuai Anton Ferdinand berjaya menahan semua serangan sebaliknya Heidar Helguson sekali lagi meledak gol pada minit terakhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 5-0
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment