Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menyaksikan Malaysia berada pada tangga ke-157 dunia turun tiga anak tangga selepas 6 Jun lalu berada pada tangga ke-154.
Malaysia memungut 139 mata berada di belakang Nepal yang menduduki tempat ke-156 dengan mengumpul 149 mata. Singapura di tangga ke-158 kurang satu mata berbanding skuad Datuk K. Rajagobal.
Kedudukan ranking terkini itu dikira berdasarkan perlawanan persahabatan timbal balik yang diadakan 8 dan 12 Jun lalu ketika bertemu Singapura di mana perlawanan pertama di Singapura kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Bagaimanapun pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Malaysia berjaya menumbangkan musuh tradisi itu 2-0 hasil jaringan Ahmad Shakir Ali dan ketua pasukan, Safiq Rahim.
Vietnam masih lagi menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara dengan menduduki tempat ke-120 dunia, diikuti Thailand yang menghuni tangga ke-135, manakala Filipina pula berada di tempat ke-152 diikuti Indonesia 156.
Sementara itu negara Asia Tenggara lain menyaksikan Myanmar berada di tangga ke-180, diikuti Laos 190, Kemboja 192 manakala Brunei Darussalam di tangga ke-201 dan akhir sekali Timor Leste di tangga 204.
Penyandang juara Piala Asia, Jepun masih lagi unggul menjadi pasukan terbaik Asia dengan menduduki tempat ke-20 dunia, sementara Australia pula di tangga ke-23 dunia dan Korea Selatan di tempat ke-28.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment