Kejayaan Sepanyol mempertahankan kejuaraan Euro 2012 diraikan penuh meriah oleh lautan penyokong, sekali gus melupakan seketika masalah ekonomi yang menghimpit negara itu.
Pemain yang memakai baju-T berwarna merah dengan tulisan 'Champions of Europe' diarak menggunakan bas dua tingkat melalui bandar utama menuju ke Plaza de Cibeles, untuk pesta meraikan kejayaan tersebut.
Selepas sahaja tiba di lapangan terbang Madrid-Barajas, ketua pasukan Iker Casillas, yang berada di hadapan pintu pesawat Iberia Airbus A319 menjulang trofi Euro.
Casillas yang ditemui media, ceria dengan kejayaan pasukannya.
"Amat puas hati dan gembira dengan kecemerlangan ini. Kejayaan ini sukar untuk diperolehi tetapi kami berupaya mendapatkannya.
"Saya juga gembira kerana semua orang di sini gembira," kata Casillas
Dalam pada itu, Raja Sepanyol, Juan Carlos, 74, yang masih sukar untuk berjalan kerana kecederaan pinggu,l turut meraikan kejayaan pasukan kebangsaan dalam satu majlis diraja di Palacio de la Zarzuela, Madrid.
"Sepanyol bangga dengan anda, sangat bangga dengan anda dan bukan hanya kerana anda adalah pemain yang hebat tetapi kerana pasukan anda yang amat mengagumkan," kata Carlos.
Casillas memberikan Raja Sepanyol jersi No. 1 yang ditandatangani oleh seluruh ahli dalam pasukan.
Kemeriahan telah mula dirasai di negara itu selepas Sepanyol memperoleh kemenangan 4-0 menundukkan Itali kelmarin. - AFP
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment