Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, July 10, 2012

Malaysia Bakal Berdepan dengan Arsenal & Manchester City



Seramai 27 pemain dipanggil menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan ini.

Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC pada 24 Julai sebelum menentang juara Piala Barclay 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai, kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 9.45 malam.

FAM juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut dari 4 hingga 16 Ogos depan.
Penyerang kebangsaan yang bermain di kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Mohd Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.

Selain itu, mereka yang dipanggil menyertai latihan ialahAmar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S.Subramaniam (Kelantan); Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil (Pahang); Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah); Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A); Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC). - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...