Bintang sayap England, Theo Walcott bakal memberi tamparan baru kepada Arsenal selepas menyatakan kesediaannya untuk mengikut jejak ketua pasukan, Robin van Persie meninggalkan skuad Gunners.
Pemain muda berusia 23 tahun itu kecewa dengan keputusan Van Persie tidak mahu memperbaharui kontraknya di Emirates.
Walcott berada dalam kedudukan yang sama dengan penyerang Belanda itu kerana dia sedang memasuki tahun terakhir kontraknya.
Pemain itu sebelum ini sering menekankan, dia akan menahan diri daripada memutuskan mengenai masa depannya sehingga Van Persie membuat keputusan. Hubungan kedua-dua pemain ini sememangnya sangat rapat, baik di atas mahupun di luar padang.
Rakan-rakan Walcott mendakwa, tindakan Van Persie akan mempengaruhi pemain itu untuk mempertimbangkan tawaran lain.
Walcott kini menjadi sasaran utama juara Eropah, Chelsea, malah rundingan tidak rasmi dikatakan sudah berjalan di antara Arsenal dan penasihat pemain tersebut.
Di atas kertas, Walcott ditawarkan kontrak baru empat tahun dengan gaji di antara 55,000 pound (RM 271,000) hingga 80,000 pound (RM394,000) seminggu.
Bagaimanapun, Walcott mempunyai pilihan untuk menggunakan peraturan perpindahan percuma Bosman pada musim panas depan atau berdepan kemungkinan dijual oleh Gunners pada musim panas ini, seandainya kelab London itu enggan melepaskannya secara percuma.
Satu-satunya cara Arsenal mampu mengekalkan Walcott adalah dengan menawarkan kontrak yang lebih baik kepadanya.
Malah, mereka juga harus bersedia untuk mengeluarkan pelaburan lebih besar bagi mendapatkan pemain-pemain handalan dunia, sekiranya gagal mengekalkan Van Persie. - AGENSI
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Walcott & van persie makin mnurun sejak latest nie..
ReplyDelete