Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, July 2, 2012

Apex dah tak main bola, jadi Pengawal Keselamatan



Kewibawaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23 sebagai figura yang dikenali bukan saja dicabar dengan pelbagai cerita kontroversi.

Hakikatnya, Apex kini terus cuba menjadi yang terbaik bukan saja sebagai penjaga gol kebangsaan tetapi turut melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang selebriti.

Sungguhpun Apex pernah memberitahu tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan sepenuh masa, tetapi anak jati Kelantan itu tidak menolak pelawaan untuk berlakon dalam iklan TV.

Apa yang pasti, Apex telah mencabar dirinya untuk melakonkan watak sebagai pengawal keselamatan untuk drama pendek yang telah pun disiarkan di laman Youtube.

Lebih mencabar lagi, Apex telah diberi peranan untuk menjadi warga asing berasal dari Nepal.

Sungguhpun Apex sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi.
Malah, Apex juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal.

Menerusi drama pendek berkenaan, Apex memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM.

Disamping Fabes, pelakon kacak, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.

Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itumempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.

Jadi apa tunggu lagi, nilailah sendiri lakonan Apex sambil bergelak ketawa menyaksikan wataknya yang lucu.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...