Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, July 21, 2012

Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung



Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson telah meninggal dunia pada pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.
Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di CCU pada Selasa lalu di hospital tersebut selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.
"Ini kerana sebelum ini, dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.
"Agak ralat juga kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," 
Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara seksyen 9.
Selain Hafidzah, Allahyarhan juga telah meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Allahyarham yang merupakan Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi di bidang seni lakonan selama hampir 20 tahun.
Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.
Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...