Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, July 2, 2012

Anzalna Akur Syarat Dalam Surat Neelofa



Anzalna
Pelakon Anzalna Nasir berkata dia akur dan menerima syarat-syarat dalam sepucuk surat perjanjian daripada Neelofa dengan hati terbuka sebelum melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap aktres itu.
Anzalna, 24, yang dihubungi berkata, dia bersetuju untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam surat tersebut selepas menerimanya daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang bertindak sebagai perantara dalam konflik mereka.
“Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini.
“Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan,” 
Pada Sabtu lalu, Neelofa, 23, seperti dilaporkan mStar Online berkata, dia menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
Sidang media khas itu dijangka diadakan pada Isnin petang pada waktu dan lokasi yang belum ditentukan lagi. Zed yang dihubungi berkata, dia akan memaklumkan butiran majlis itu dalam masa terdekat.
Neelofa
Anzalna berkata, dia berasa pelik dengan syarat-syarat dalam surat berkenaan tetapi bersetuju untuk memenuhi permintaan Neelofa kerana tidak mahu perkara remeh itu berlanjutan.
“Kes ini sudah banyak menggangu dan menjejaskan jadual kerja saya. Walaupun saya berasa pelik juga dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu tetapi saya akur kerana tidak mahu memanjangkan hal ini.
“Saya bersedia untuk memohon maaf bukan kerana dia tetapi kerana Allah. Saya tidak mahu jika konflik ini berterusan, lebih banyak kesilapan atau tindakan yang boleh mengaibkan orang lain akan saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak,” jelasnya.
Terbaru, bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem berjudul Aku Janda Belum Kaya di samping Rozita Che Wan untuk tayangan di Astro.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...