Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, July 17, 2012

Park Ji-Sung bakal kapten?



Bintang baru Queens Park Rangers (QPR) Park Ji-Sung tidak mustahil akan menggantikan Joey Barton sebagai ketua pasukan baru kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QPR, Philip Beard bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara itu terletak pada kuasa pengurus pasukan, Mark Huges.

‘‘Pemilihan ketua pasukan QPR akan ditentukan oleh pengurus kelab, Mark Huges. Bila sudah bersedia, beliau akan mengumumkannya," katanya ketika menjawab soalan media pada sidang akhbar sempena Jelajah Pra Musim Asia kelab itu di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA), Datuk Lawrence Gimbang. Turut serta dua pemain QPR, Clint Hill dan Jamie Mackie.

Laporan akhbar Britain baru-baru ini menamakan Ji-Sung merupakan calon sesuai mengalas tugas kapten baru QPR berikutan penggantungan Barton selama 12 perlawanan oleh FA England.

Beard berkata, pembelian pemain mantap seperti Ji-Sung membuktikan usaha pihak pengurusan QPR yang mahu memastikan kelab itu mampu bersaing di peringkat lebih tinggi dalam saingan Liga Perdana.

Sementara itu, Mackie berkata, pengalaman Ji-Sung selama tujuh tahun beraksi di liga Inggeris merupakan kelebihan QPR menghadapi saing BPL musim 2012/2013.

‘‘Sudah pasti Ji-Sung boleh membantu QPR dan kehadirannya sangat bagus untuk kami memandangkan beliau pernah menang pelbagai gelaran juara bersama kelab terdahulu.

‘‘Saya berharap dapat belajar banyak daripada Ji-Sung. Saingan Liga Perdana Inggeris sangat kompetitif dan kami mensasarkan sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 10 teratas dalam musim depan," ujarnya.

Perlawanan di antara QPR menentang Pilihan Sabah akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu esok dan perlawanan akan bermula pukul 8.15 malam.

Pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 28,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan itu. Tiket berkenaan boleh dibeli bermula semalam di kaunter pembelian di Stadium Likas.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

1 comment:

  1. opss bola..x tahu sgt psl bola2 nih..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...