Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, July 15, 2012

Sabah menentang QPR



Kehangatan pertembungan persahabatan di antara kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) menentang Pilihan Sabah Selasa ini mula dirasai apabila skuad itu tiba di sini semalam bersama skuad terbaik dengan disertai beberapa pemain bertaraf bintang.

Bintang bola sepak Asia yang juga bekas pemain Manchester United, Park Ji-Sung antara bintang baharu QPR yang dijangka beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas.

Ji-Sung bersama rakan sepasukan tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam bersama pengurus pasukan QPR, Mark Hughes.

Selain Ji-Sung, turut serta sempena Jelajah Pra Musim Asia kelab itu ialah Shaun Wright-Phillips, Anton Ferdinand, Robert Green, Djibril Cisse serta pemain yang baru dipinjam dari United, Fabio.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata, perlawanan menentang Sabah merupakan satu sejarah bagi kelab itu, memandangkan ia merupakan perlawanan pertama mereka di Asia.

"Kami menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke sini (Sabah) dan saya percaya para pemain kami juga cukup teruja untuk beraksi di sini.

"Perlawanan 17 Julai ini bukanlah semata-mata perlawanan persahabatan, tetapi merupakan persiapan awal kami untuk membentuk pasukan yang benar-benar bersedia menghadapi saingan Liga Perdana England," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Katanya, kehadiran QPR juga merupakan hadiah istimewa buat penyokong bola sepak di negeri ini apabila mereka berpeluang melihat aksi hebat daripada bintang baru kelab itu, Ji-Sung yang menyertai kelab di Loftus Road itu menerusi bayaran 5 juta pound (RM24.7 juta).

"Perlawanan menentang Sabah merupakan aksi pertama Ji-Sung bersama pasukan QPR dan dia pastinya mahu mempamerkan kehebatan pada pertemuan ini," tambahnya.

Selain Sabah, QPR turut dijadual menentang Kelantan di Kuala Lumpur pada 20 Julai ini sebelum ke Indonesia bagi siri perlawanan persahabatan menentang Persebaya Surabaya pada 23 Julai.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...