Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, July 10, 2012

Hasan Ali Mahu Debat Dengan Abdul Rani




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa beliau tetap mahu berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau akan menunggu kesediaan Abdul Rani sekiranya tidak mahu berdebat pada Rabu ini.
"Saya tetap akan tunggu Abdul Rani. Jika digantikan dengan Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor), pastikan dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu," katanya ketika dihubungi mStarOnline pada Isnin.
Hasan mengulas mengenai Khalid yang akan mewakili Abdul Rani sekiranya beliau masih mahu berdebat.
Hasan dalam satu kenyataannya pada Isnin berkata, beliau bukan mengusulkan debat itu tetapi hanya menerima jemputan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas kapasiti sebagai bekas Pesuruhjaya PASSelangor.
"Saya difahamkan Abdul Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar diertikan seperti saya menggunakan kaedah gangsterisme terhadap PAS.
"Sepatutnya Abdul Rani menyambut baik jemputan debat itu menggunakanpeluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu PAS di Selangor," katanya.
Selain itu, Hasan berkata, debat itu juga dapat menjelaskan apa yang PAS negeri tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi Raja di Selangor dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap Abdul Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau,saya syorkan beliau menghubungi penganjur," katanya.
Abdul Rani
Sementara itu, Abdul Rani memberitahu bahawa Hasan boleh membuat pilihan atas cadangan yang diberikan sekiranya bekaspesuruhjaya PAS itu masih berminat untuk meneruskan debat.
"Tetapi debat ini akan diwakili oleh Khalid Samad. Ini keputusan mesyuarat semua ADUN PAS Selangor. Ini adalah keputusan muktamad.
"Beliau boleh pilih sama ada mahu berdebat dengan Khalid atau tidak perlu diadakan debat langsung. Beliau seharusnya bersikapprofesional," katanya.
Menurut Abdul Rani lagi, sekiranya Hasan masih berminat dan bersetuju untuk berdebat dengan Khalid, beliau perlu memaklumkannya dua minggu lebih awal.
"Di pihak kami (PAS Selangor) tidak dapat meneruskan debat pada 11 Julai ini (Rabu) kerana banyak kerja yang perlu diuruskan. Apapun, ia tetap diwakili oleh Khalid Samad," katanya.
Debat Perdana yang bertajuk "PRU-13: Di Manakah PAS Selangor?" anjuran sebuah NGO di Meru, Klang pada Rabu ini didakwa melibatkan Hasan dan Abdul Rani.
Bagaimanapun PAS Selangor menolak pelawaan debat itu dan tidak pernahmemberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...