Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, September 16, 2011

Beraya bersama Wak AG dan Usop

Sapa nak duit raya?? lebih daripada RM60 ribu untuk dimenangi dengan Beraya Bersama Wak AG dan Usop. Dengarkan Hot FM setiap hari dan nantikan isyarat memanggil atau isyarat SMS Beraya Bersama Wak AG dan Usop yang bakal diumumkan oleh penyampai HOT FM. Banyak tu.. Maassyukkkk.



Cara Penyertaan mudah je.

Isyarat SMS - Taip BERAYA dan hantarkan ke 33399
Isyarat memanggil - Terus mendail dan jadilah pemanggil yang ke-5

Dengar Hot FM dan tunggu isyarat memanggil / isyarat SMS.
Kenali dan teka tajuk lagu raya yang dinyanyikan oleh gandingan Wak AG dan Usop di dalam slanga Jawa dan dialek Perak. Pendengar yang berjaya meneka tajuk lagu raya dengan tepat akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500. Jika tekaan yang diberikan kurang tepat, wang tunai akan dibawa ke peluang yang seterusnya. Pendengar yang tidak berjaya meneka akan menerima barangan eksklusif dari Hot FM.

Keterangan lanjur sila layari website HOT FM




LEBIH daripada RM60,000 bakal diberikan oleh dua karektor hangat oleh radio Hot FM. Wak AG dan Usop Wilca bermurah hati untuk sama-sama berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini.

Bermula pada Isnin, 12 September depan, selama tiga minggu, Hot FM akan memberikan wang tunai itu menerusi peraduan Beraya Bersama Wak AG dan Usop.

Tidak sesukar mana kerana anda sebagai pendengar hanya perlu mendengar siaran Hot FM dan nantikan sama ada syarat memanggil atau isyarat kiriman pesanan ringkas (SMS) yang ke udara.
Untuk isyarat - Hantarkan SMS BERAYA ke 33399 dan SMS terpantas akan dihubungi oleh penyampai Hot FM.

Bagi isyarat memanggil: Jadi pemanggil kelima yang menembusi talian Hot FM.
Kemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu bagi seni kata yang dinyanyikan secara bersama atau bertindih oleh Wak AG dan Usop.

Seni kata yang dinyanyikan adalah dari lagu yang sama tetapi kedua-dua karektor ini menyanyikan menurut gaya mereka tersendiri.
Bersesuaian dengan tema Beraya Bersama Wak AG dan Usop, lagu-lagu yang bakal diperdengarkan adalah berkisarkan mengenai raya.

Sekiranya dapat meneka lagu itu dengan tepat, wang tunai RM500 menjadi milik pendengar yang berjaya. Kalau lagu itu tidak dapat diteka dengan tepat, wang itu akan dikumpulkan untuk sesi seterusnya.

Kempen ini bermula daripada 12 September hingga 2 Oktober, berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat dan dua kali sehari pada Sabtu dan Ahad.
Berita Harian adalah penaja bersama bagi kempen Beraya Dengan Wak AG dan Usop.

Sebanyak 10 tajuk lagu raya akan disiarkan di Berita Harian setiap Isnin hingga Jumaat. Lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu itu dikeluarkan.

Sebanyak enam lagi lagu raya disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu pada Sabtu dan Ahad, dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagi dikeluarkan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: duit untuk dimenangi Beraya bersama Wak AG dan Usop, peraduan Beraya bersama Wak AG dan Usop, jom sertai Beraya bersama Wak AG dan Usop, peraduan hot fm, penyampai hot fm, rm60,000 Beraya bersama Wak AG dan Usop

3 comments:

  1. BOLEH SAYA TANYA SATU SOALAN x??? SEBENARNYA KENA TAIP WAKAGUSOP ATAU BERAYA???? DISEBABKAN FAKTA INI, AWAK TELAH MENGELIRUKAN SAYA... SILA BERIKAN PENJELASAN YANG SEPENUHNYA YA!!! :) :) :)

    ReplyDelete
  2. BETUL KATE ANI TU BAJONZ... HEHEHEHE... SELAMAT ARI RAYA LA BAJONZ... MEMANDANGKAN HOT FM TAK BOLEH KASI DUIT RAYA.. APA KATA BAJONZ YANG BAGI.. HEHEHE... TAK DE LA TERKILAN SGT BILA TAK DAPAT DUIT RAYA TU.. SELAMAT ARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. RM 500 TU!!!

    ReplyDelete
  3. yela tak perasan. kat atas tulis WAKAUSOP, kat bawah ada tulis BERAYA.. hehe.. terima kasih atas teguran tu. Apa pun sila layari web hot fm tu, situ lagi tepat :). Slmt hari raya...

    Wak duit raya dah abis laa.. minta laa kat Wak AG.. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...