Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, February 17, 2012

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012 Mac Depan

Pesta Belon tahun ini bakal diadakan pada Mac akan datang. Jom datang ramai-ramai memeriahkan suasana.. Kali ni nak naik belon laa.. hehehe..


Sebanyak 12 negara dijangka menyertai edisi keempat Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012, yang dijadual dari 15 hingga 18 Mac ini di Monumen Alaf Baru di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, antara negara terbabit ialah Perancis, Amerika Syarikat, Poland dan Belanda.

Bertemakan “1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta”, orang ramai berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya sepanjang pesta berlangsung, katanya pada sidang media pra-pelancaran pesta, di sini hari ini.

Katanya, Putrajaya dipilih sebagai tuan rumah acara tahunan pesta antarabangsa itu atas pelbagai sebab termasuk kawasan yang luas, suasana yang baik untuk menaikkan belon serta panorama indah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif penganjur AKA Ballons Sdn Bhd, Khairudin Abdul Rani berkata, terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti sukan ragbi sentuh, pesta basikal, aktiviti sukan air dan zon sukan lasak.

"Pada pesta kali ini juga kita akan dapat melihat kembali acara ”cahaya malam”, di mana belon udara panas akan menyertai pertunjukan lampu dan bunyi pada 17 Mac, yang berakhir dengan pertunjukan bunga api,” katanya.

Beliau juga menganggarkan jumlah pengunjung pada pesta kali ini melebihi kehadiran kira-kira 250,000 orang pada 2011. — BERNAMA



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

1 comment:

  1. Jom kita pergi ramai2... Banyak gambar yang boleh diambil untuk dijadikan kenangan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...