Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, June 2, 2011

Jumpa Doktor Jika Cirit-Birit Berdarah Selepas Ke Eropah Sejak Mei

Saper2 ada rasa sakit mcm tu, cepat cepat jumpa doktor...




Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit 'sindrom uremik haemolytik' (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria 'Enterohaemorrhagic Escherichia Coli' (EHEC).

Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.

Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

Gejala gejala yang dinyatakan di atas juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, 'uraemia' (kehadiran urea dan sebatian buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan) serta 'kecenderungan pendarahan, katanya.

Menurut beliau, punca wabak penyakit itu yang menjangkiti mangsa adalah menerusi makanan yang dicemari dengan bakteria E. Coli.

"Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini," katanya.

Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut melibatkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.

Kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini berada pada kadar antara lima hingga 10 peratus.

Dr Hasan berkata kajian awal mendapati pesakit yang terlibat dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato, timun dan daun salad.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang memantau pengimportan timun ke dalam negara ini tetapi maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan tiada timun yang diimport dari Jerman atau Sepanyol.

Kejadian wabak penyakit ini dilaporkan bermula pada 25 April lepas dengan mangsa mengalami gejala cirit-birit berdarah. - Sumber Mstar

~ Bajonz ~
~ Photo ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...