Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, August 20, 2011

Diskaun Tol & Jadual Perjalanan PLUS sempena Aidilfitri

Selamat Menyambut ketibaan Syawal... memandu berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi dituju



Berikut adalah senarai lebuhraya-lebuhraya yang akan menawarkan diskaun dan potongan harga bagi pembayaran tol sempena sambutan hari raya aidilfitri 2011. Jumlah diskaun yang akan diberi kepada pengguna-pengguna tol adalah di antara 5% sehingga 37.5% bagi setiap pembayaran tol. Diskaun ini akan bermula pada tarikh 30.8.2011 dan 31.8.2011. Senarai lebuhraya yang terlibat memberi diskaun tol adalah seperti di bawah.

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)
Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
Lebuh Raya Pantai Timur
Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIEe)
Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE)
Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)
Lebuh Raya Smart
Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)
Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuh Raya Latar (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos)
Lebuh Raya LDP (Percuma pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari )


Pihak PLUS juga telah mengeluarkan jadual masa perjalanan yang di cadangkan kepada semua pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke utara/timur/selatan. Jadual perjalanan ini akan dapat mengurangkan kesesakan dan akan melancarkan perjalanan balik kampung sebelum dan selepas hari perayaan kelak. Jadi bagi mereka yang ingin pemanduan yang selesa, boleh ikut jadual perjalanan yang di tetapkan. Berikut adalah senarai jadual waktu perjalanan yang di cadangkan oleh pihak PLUS kepada pengguna-pengguna lebuh raya kelak.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: tol diskaun, diskaun tol, jumlah diskaun tol plus, jumlah potongan harga tol, tarikh diskaun tol, diskaun tol dilanjutkan, jadual perjalanan plus, tarikh perjalanan plus, diskaun tol sempenan aidilfitri

Friday, August 19, 2011

66% saham Datuk Seri Tony Fernandes dalam QPR

Semoga pengambilalihan pasukan QPR memberi peluang kepada pasukan dan pemain bola sepak malaysia beraksi di EPL sekaligus memberi pengalaman dan dapat meningkatkan mutu dan skill permainan pasukan dan pemain Malaysia. Tahniah kepada Datuk Seri Tony Fernandes.


Datuk Seri Tony Fernandes - pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia - sudah berjaya melengkapkan misi mengambil alih Queens Park Rangers (QPR), menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Usahawan Malaysia itu kini sudah disahkan selaku pemegang saham 66 peratus kelab berkenaan daripada bekas pemegang, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Fernandes, 47, yang juga pemilik pasukan Formula Satu, Team Lotus akan bergandi­ngan dengan keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham dalam kelab berkenaan. “Saya adalah peminat setia West Ham sejak kecil tapi saya juga meminati QPR dan anggap mereka permata yang belum digilap. Saya sentiasa mahu terbabit dalam bola sepak sejak kecil dan tidak mahu menolak tawaran baik ini,” katanya.



~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: QPR milik Tony Fernandes, Tony Fernandes beli QPR, Tony Fernandes beli Queens Park Rangers, gambar Datuk Seri Tony Fernandes, berita tentang Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Seri Tony Fernandes dan Queens Park Rangers, Tony Fernandes beli kelab inggeris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...