Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, July 18, 2014

Kenyataan Perdana Menteri Mengenai Tragedi MH17


Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

"Petang semalam (Khamis), saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat MAS terhempas di timur Ukraine.

"MAS telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah untuk penerbangan MH17 yang dalam perjalanan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

 "Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

"MAS mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal. 

"MAS kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

"Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

"Phak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

"Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini. 

"Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Kita akan berusaha sedaya upaya. 

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands (Belanda). 

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. 

"Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini. 

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan. 


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Sunday, July 6, 2014

Argentina Bertemu Belanda Di Separuh Akhir


ARGENTINA akan bertemu Belanda di pentas separuh akhir Piala Dunia mengikut jejak Brazil dan Jerman.

Argentina mara menerusi kemenangan tipis 1-0 menentang Belgium hasil rembatan Gonzalo Higuain pada minit kelapan perlawanan.

Kali terakhir Argentina beraksi di pentas separuh akhir adalah pada tahun 1990 namun tewas kepada Jerman pada peringkat akhir.

Sementara itu, saingan di antara Belanda dan Costa Rica menjadi satu-satunya perlawanan suku akhir Piala Dunia edisi ini yang terpaksa diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa.

Dalam perlawanan di Arena Fonte Nova, awal pagi Ahad, penjaga gol simpanan Belanda, Tim Krul dibawa masuk beberapa minit sebelum masa tambahan berakhir bagi menggantikan Jasper Cillessen selepas beraksi selama 120 minit.
Percaturan Louis van Gaal meletakkan penjaga gol Newcastle itu nyata menjadi apabila dia berjaya menepis dua sepakan penalti yang diambil oleh kapten Costa Rica, Bryan Ruiz dan Michael Umana.
“Setiap penjaga gol mempunyai kualiti tertentu dan kami merasakan dia memiliki capaian lebih baik, rekod lebih baik untuk menghalang penalti,” kata van Gaal.

“Kami berbincang perkara ini dengan Tim, bagaimana Costa Rica melakukan sepakan penalti mereka, turutan mereka. Jadi dia sudah bersedia. Dan kami bernasib baik kerana jika ia tidak menjadi, saya melakukan keputusan yang salah," katanya lagi.
Mengimbas perlawanan, Belanda memperolehi banyak peluang menjaringkan gol, termasuklah pada minit ke-92 menerusi sepakan Van Persie di hadapan gawang namun berjaya ditepis keluar oleh pemain Costa Rica.
Costa Rica yang tampil di Piala Dunia 2014 sebagai pasukan yang paling banyak membuat kejutan nyata tidak banyak menguasai bola, malah hampir tidak melakukan serangan namun tiang dan palang gol serta kehebatan penjaga golnya, Keylor Navas banyak membantu menyelamatkan gol Costa Rica daripada bolos.

Belanda menempah tiket ke separuh akhir menentang Argentina apabila menang penalti 4-3.
~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...