Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Piala Thomas: Malaysia Kalahkan Afrika Selatan 5-0


Malaysia meniti laluan mudah untuk menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan perseorangan pertama republik itu Jacob Malieka 21-13, 21-10.

Beliau berkata meskipun menentang pasukan bukan pilihan, perlawanan pertama itu penting bagi para pemain negara mendapatkan suasana kejohanan.

"Perlawanan pertama ini juga untuk kami mengetahui keadaan sebenar stadium seperti kondisi pendingin hawa dan angin.

"Ini penting sebagai persediaan kerana esok kami akan menghadapi perlawanan yang sukar iaitu bertemu pasukan Denmark," katanya kepada wartawan Malaysia.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren juga tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan Willem Viljoen 21-11, 21-9 manakala perseorangan ketiga Muhammad Hafiz Hashim pantas mengenepikan cabaran Prakash Vijayanath 21-10, 21-8.

Beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula menumpaskan beregu Afrika Selatan Dorian Lance James 21-8, 21-12 manakala Goh Wei Shem/Lim Khim Wah mengalahkan Prakash Vijayanath/Jacob Malieka 21-11, 21-14. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tidak Boleh Bersih 4.0 Kata Datuk Bandar



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK) tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan peniaga yang mahu membuka pasar malam di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini, pada Khamis dan Jumaat ini.
Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seseorang itu tidak dibenar menceroboh kawasan orang lain, justeru kumpulan yang menggelar diri "Bersih 4.0" mesti batalkan hasrat mereka.
"Mereka mesti memohon kebenaran kami tetapi kami tidak akan benarkan. Orang buat silap...kita jangan ikut. Kalau semua orang ikut buat salah dan tidak endahkan undang-undang apa akan jadi kepada negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sayap baharu Hotel Impiana KLCC, di sini, Isnin.
Semalam, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga dan disokong pembangkang di ibu kota pada 28 April lepas.
Kumpulan itu juga dilapor akan tetap membuka gerai di kawasan terbabit jika permohonan permit mereka ditolak.
Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata rakyat harus berhenti berbuat demikian kerana setiap kali perhimpunan berlangsung, DBKL terpaksa mengeluarkan belanja besar selain mengalih tumpuan daripada perkara lebih penting.
"Majoriti penduduk di Kuala Lumpur tidak mahu diganggu. Kita dikenali sebagai sebuah negara aman, mengapa nak buat perkara negatif?" katanya. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...