Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 12, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Menarik betul entry ni dengan jawapan yang mudah difahami. Aku copy dari Ohbelog.com





Kafir: ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah...

Kafir: Bukankah aku sujud ke arah Kaabah, maknanya aku sembah Kaabah la...

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la...

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak...

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..


~ Bajonz ~
~ Photo ~

Wednesday, August 10, 2011

Selamat mendarat di KLIA

Mimi - JeddahAirport
Jeddah Airport

Semalam lebih kurang jam 1.30pm aku selamat mendarat di KLIA. Penerbangan antara Jeddah dan KL mengambil masa lebih kurang 8 Jam. Bertolak dari Jeddah pukul 11 malam waktu disana. Kalo kat Malaysia waktu nya adalah kedepan 5 jam iaitu 4 pagi.

Di Jeddah kami check-In awal untuk mengelakkan sebarang masalah yg timbul nanti. Pukul 3 petang dah check-in. Jadi cuba laa kira berapa jam kita-org menapak kat airport. Sehingga laa dipanggil pukul 11.30 malam baru berlepas ke KL/Malaysia.. Sedih dan sayu meninggalkan Arab Saudi terutamanya Makkah Mukarramah.

Madinah-Panorama
Masjid Nabawi Madinah Munawwarah

Hampir 12 hari aku bersama keluarga dan rakan-rakan lain berada di Makkah Mukarramah termasuk di Madinah Munawarrah. Banyak kenangan manis dan Indah disana. Semoga kami dijemput lagi ke sana. Amin...

Makkah-Panorama
Makkah Mukarramah


~ Bajonz ~
~ Photo ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...