Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, November 16, 2012

Mat Yo ke Johor



Kemelut penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo berakhir selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju melepaskannya untuk menyertai Johor.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui akuan facebook miliknya semalam berkata, KAFA melepaskan Norshahrul ke Johor menerusi perpindahan biasa, yang mengikut terma tertentu seperti mana yang telah disampaikan kepada pengurusan pasukan berkenaan semalam.

Menurutnya, Johor diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tawaran yang dikemukakan oleh KAFA.
"Memang menjadi hasrat KAFA untuk menyempurnakan semua urusan berkaitan Norshahrul sebelum bermulanya Kejohanan Piala Suzuki AFF pada 25 November ini.

"KAFA mahu Norshahrul memberikan yang terbaik untuk Malaysia mempertahankan kejuaraan," katanya.
Menurut Annuar, Norshahrul masih mempunyai kontrak selama 13 bulan dengan KAFA.

Katanya, tawaran yang dibuat oleh Johor sebenarnya jauh lebih rendah daripada nilai sebenar Norshahrul, yang dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 baru-baru ini.

Dengan kehadiran Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan, ia mampu melengkapkan skuad impian dalam usaha Johor mencabar saingan Liga Malaysia.

Johor berjaya mendapatkan tiga tonggak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengikat Penjaring Terbanyak La Liga musim 2007/2008, Daniel Gonzales Guiza.

Skuad Harimau Selatan juga berjaya membawa masuk kapten kebangsaan, Mohd. Shafiq Rahim dari Selangor bagi memperkuatkan lagi pasukan.

Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan pelantikan semula Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih Kelantan untuk musim depan.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...