Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, November 22, 2012

Khairul Fahmi Kahwin 28 Disember



Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember nanti.
Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
Khairul Fahmi berkata, walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namun ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.
"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.
"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey,” katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.— BERNAMA


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...