Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.
Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.
Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.
Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.
~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~
No comments:
Post a Comment