Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, October 25, 2012

2 juta kenderaan di lebuh raya sempena Cuti Aidiladha


Kira-kira dua juta kenderaan dijangka menggunakan laluan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai esok berikutan cuti umum sempena Aidiladha pada Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd Nizam Ismail berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

"Kami jangkakan dua juta kenderaan ini kerana pada setiap waktu puncak dan musim-musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat," katanya di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata data itu merangkumi jumlah trafik yang menggunakan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak mereka terlibat dalam kesesakan lalu lintas. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...