Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, March 2, 2011

Myvi Extreme, Perodua Myvi 2011

Foto terbaru ini yang memaparkan muka depan Perodua Myvi SE 2011, atau bakal dikenali sebagai Perodua Myvi Extreme.




Sumber dari Berita Harian hari ini mendedahkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.

Sumber tersebut memberitahu Myvi Extrem akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran. Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya.

Myvi Extrem baru ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Alza. Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini. Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 176,400 unit.



~ Bajonz ~
~ Photo ~

Google: perodua Myvi Extreme, gambar Myvi Extreme, perodua myvi 2011, gambar myvi 2011, gambar myvi yang terbaru, kereta terbaru myvi, video Myvi Extreme, video myvi 2011,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...