Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, December 1, 2010

Kes denggi semakin menjadi-jadi

"Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan iaitu masing-masing satu di Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, dalam tempoh dari 21 hingga 27 November lepas"

So jangan lupa kemas rumah anda. jangan di dalam rumah sahaja. Luar rumah pun nak kene kemas dan bersih.. Sekarang kes denggi semakin meningkat, nak nak masa musim hujan ni...

Marilah sama- sama kita mencegah kewujudan nyamuk aedes ni.. Tiada Aedes tiada denggi... Selamatkan diri, keluarga anda dan masyarakat dari denggi!!

DSC00007

Berikut adalah serba sedikit mengenai penyakit demam denggi ini:

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari

~ Bajonz ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...