Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, July 18, 2014

MAS Sahkan 298 Naiki Pesawat MH17


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat mengesahkan terdapat 298 penumpang, termasuk anak kapal berada di dalam pesawat MH17 dan bukannya, 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MAS menjelaskan, angka itu bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, yang menyebut penerbangan itu membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dari pelbagai negara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata, pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Warganegara beberapa penumpang masih belum dikenal pasti.
Senarai penumpang dan anak kapal mengikut negara adalah seperti berikut:

Belanda - 154 

Malaysia - 43 (termasuk 15 kru dan dua bayi)

Australia - 27

Indonesia - 12 (termasuk seorang bayi)

United Kingdom - 9

Jerman - 4

Belgium - 4

Filipina - 3

Kanada - 1

Belum dikenal pasti -  41

MAS kini dalam proses memaklumkan kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...