Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, August 22, 2013

Doktor pakar rawat mangsa kritikal dalam nahas bas

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah untuk menghantar lebih banyak pasukan pakar bagi membantu mangsa bas yang kritikal di hospital.
   
Katanya terdapat enam mangsa kritikal kini berada di Hospital Kuala Lumpur, lapan kritikal di Hospital Selayang, seorang separa kritikal di Hospital Sungai Buloh dan seorang lagi separa kritikal di Hospital Bentong.
   
Dalam pada itu, Liow yang merupakan Anggota Parlimen Bentong berkata orang ramai tidak harus membuat spekulasi bahawa kemalangan bas yang berlaku semasa menuruni jalan curam dari Genting Highlands itu ekoran terlebih muatan.
   
Beliau berkata semua pihak seharusnya menunggu laporan dan siasatan penuh daripada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang kesimpulan.
   
"Ada yang kata terlebih muatan...janganlah buat spekulasi kerana siasatan sedang dibuat. Pekerja dan orang awam memang guna (perkhidmatan) bas itu, sebarang spekulasi boleh memberi kesan yang buruk termasuk menakutkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas itu," katanya.
   
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota bomba dan penyelamat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan anjing pengesan. - Bernama

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...