Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, May 19, 2012

Brendan Rodgers Pengganti Kenny Dalglish



Selepas memecat Kenny Dalglish sebulan selepas menyatakan keyakinan mereka terhadap pengurus tersebut, pemilik Reds, John W Henry sekarang sudah boleh bertandang ke Britain untuk menemubual calon-calon pengganti.

Pengurus Swansea, Brendan Rodgers difahamkan berada pada kedudukan teratas dalam senarai pendek Henry.
Turut disebut pengurus Wigan, Roberto Martinez, pengurus Newcastle, Alan Pardew dan bekas pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.

Malah, bekas pengurus, Rafael Benitez juga dikhabarkan antara calon untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Dalglish.

Dalglish dipertanggungjawabkan atas prestasi buruk Reds pada Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 50 tahun, walaupun dia berjaya membawa kelab itu menjulang Piala Liga.

Dalglish berkata: "Sudah tentu saya kecewa dengan keputusan yang dicatat dalam aksi liga, tetapi saya tidak sekali-kali akan menukar kemenangan Piala Carling (Piala Liga) dengan apa sahaja.

"Saya memang kecewa kerana terpaksa pergi, tetapi perkara ini berjaya dikendalikan oleh pemilik dengan cara yang berhemah."

Dalglish telah memberi isyarat jelas bahawa dia hanya berminat untuk kekal bersama Liverpool sebagai pengurus, berbanding menimbangkan jawatan yang lebih tinggi dan keputusan itu menyebabkan Henry serta Tom Werner dari Fenway Sports Group tidak punya banyak pilihan. - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...