Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, May 21, 2012

RM500,000 kepada pemain Kelantan



Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA malam tadi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.

"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...