Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, September 29, 2011

Safee masuk Cardiff...

Safee sali telah berjaya mengharungi latihan di Cardiff City. Peluang Safee nampak cerah untuk bermain di Cardiff kerana pretasi yang ditunjukkan semasa latihan. Tapi sekarang bergantung kepada pengurusan Cardiff sama ada hendak menerima Safee atau tidak.

Apa pun syabas kepada Safee yang telah selamat pulang ke tanah air. Semoga beliau berjaya dalam urusannnya.. Malaysia Boleh!!!


Penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali pulang ke tanah air semalam dengan keyakinan yang tinggi selepas mengharungi latihan hampir dua minggu di kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City.

Walaupun belum mendapat jawapan muktamad, Safee mengakui dia tidak kisah sama ada diterima atau tidak oleh Cardiff.

Sebaliknya Safee melahirkan keazaman baru bahawa dia kini bersedia memburu tempat dalam kelab-kelab yang beraksi dalam liga elit sekitar Eropah atau Asia.

"Bermain di Cardiff merupakan pengalaman paling berharga.

"Memang terdapat peningkatan dalam permainan saya sepanjang di sana, perbezaan terutama ialah dari segi kepantasan.

"Selepas latihan dua minggu, memang saya rasa boleh bersaing dengan pemain-pemain di sana.

"Saya tiada masalah menyesuaikan diri dengan cuaca, harap-harap ada perkembangan positif daripada pihak pengurusan di sana.

"Namun jika saya tidak terpilih, tiada masalah besar buat saya sebaliknya saya bersedia mencuba nasib beraksi di mana-mana kelab lain di luar negara sama ada di Eropah atau Asia selepas ini kerana saya sudah mula yakin dengan persembahan saya," katanya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam setelah selesai menjalani latihan di Cardiff City.

Tambah Safee, selama dua minggu di Cardiff, ia masih belum mencukupi buatnya menyerlahkan potensi sebenar dan berharap bakal diberi peluang kedua.

"Memang kalau diikutkan, masih belum puas buat saya masa di sana kerana belum mengharungi perlawanan persahabatan, jurulatih (Malky Mackay) hanya melihat kemampuan saya dalam sesi latihan sahaja," katanya.

Bakal menyertai latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM menjelang perlawanan persahabatan dengan Australia di Canberra pada 7 Oktober depan, Safee akan pulang ke Pelita Jaya pada 9 Oktober ini. - Utusan.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Google: Safee dapat tawaran cardiff, status safee di cardiff, gambar latihan safee di cardiff, safee cemerlang di cardiff,

Hudud tak jadi


Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: pelaksanaan hudud, hudud tak jadi, pembangkang tak setuju hudud, pas cadangkan hudud, DAP tolak hudud, hudud di malaysia, hukum hudud jika tidak dilaksanakan, hudud dibatalkan, status hudud di malaysia, nik aziz kemukakan hudud

Wednesday, September 28, 2011

Alex Ferguson datang ke Menara TM


Alex Ferguson buat apa kat situ?? mesti korang tertanya-tanya.. Alex Ferguson mungkin nak pakai UNIFI kot.. hahaha.. Alex Ferguson merupakan pengurus Manchester United yang paling berjaya..

Tengok-tengok tingginya Alex Ferguson duduk. Sampai kat menara TM atas tu.. hehehe...
layan... takde ape nak update.. hehehe...

Menara TM

Canggih la tu Menara TM dah ada TV besar.. hari2 aku nampak TV/skrin besar ni kat TM.

Menara TM

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: menara tm, menara telekom malaysia, gambar menara tm, gambar menara telekom malaysia, promisi tm, produk tm, profile Alex Ferguson, biodata Alex Ferguson, Alex Ferguson ke malaysia

Tuesday, September 27, 2011

Jalan Jem boleh cetus serangan jantung


KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul.

Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Risiko

Kesesakan lalu lintas mengakibatkan kepekatan karbon monoksida meningkat di udara dan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen. Stres atau tekanan perasaan juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Pemandu pula hilang kawalan emosi hingga tercetusnya perasaan marah dan ‘mengamuk’.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kesesakan lalu lintas mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung.

Penyelidikan yang melibatkan 1,500 kes serangan jantung itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian itu, mereka yang berdepan dengan kesesakan trafik tidak kira sama ada pemandu, penumpang, penunggang motosikal atau pengguna pengangkutan awam akan mengalami risiko serangan jantung tiga kali ganda lebih daripada keadaan biasa.

Kebanyakan kes yang diteliti menunjukkan tempoh satu jam pertama kesesakan trafik sudah cukup untuk meningkatkan risiko itu.

Kajian oleh Institut Epidemologi Helmholtz dan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Havard itu juga mendapati suku daripada kes yang dipantau melibatkan wanita berusia sekitar 60-an.

Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan merupakan kelompok utama yang terdedah kepada serangan jantung.

Merangsang

Dalam konteks ini, keadaan stres sama ada akut atau kronik meningkatkan risiko penyakit jantung. Pada seseorang yang menghidapi penyakit jantung, stres akut boleh mencetuskan serangan jantung (infarksi miokardium).

Stres yang berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah.

Selain itu, hormon adrenalin yang meningkat menyebabkan kadar degupan jantung turut bertambah, dinding jantung menebal serta merangsang peningkatan insulin yang boleh menebalkan dinding saluran darah.

Tidak ketinggalan peningkatan hormon CRP dan homosistein semasa stres turut menyumbang kepada risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

“Apabila seseorang stres, ia boleh memberi kesan kepada saluran darah dan meningkatkan aras gula dalam badan. Keadaan ini merupakan risiko kepada serangan jantung hingga boleh menyebabkan kematian mengejut dan kemalangan jalan raya.

Secara amnya, kita melihat ramai yang stres akibat kesesakan lalu lintas. Pendek kata, kita harungi kehidupan moden ini bersama stres, kebimbangan dan kekecewaan yang mana adunannya cukup menekan, menjadi sebahagian daripada rutin seharian.

Bagaimanapun, tekanan luar biasa yang berpanjangan mempunyai kesan-kesan psikologi negatif dan menjejaskan fungsi jantung , sistem penghadaman dan rangka otot.

Justeru itu, setiap orang perlu bijak mengawal perasaan setiap kali berhadapan dengan keadaan yang boleh menyebabkan stres. ‘‘Ia bukan sahaja berpunca daripada keadaan jalan raya, malah masalah kewangan, tempat kerja, keluarga dan sebagainya boleh menyumbang stres,” jelas Pakar Kardiologi Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob.

Rokok punca utama

Bercerita lanjut, Dr. Zul Hilmi memberitahu, serangan jantung bukanlah punca utama kemalangan di jalan raya. Secara kebetulan, banyak kes serangan jantung ketika memandu menyebabkan kematian dan kemalangan.

“85 peratus kemalangan jalan raya disebabkan alkohol, pemanduan individu itu sendiri dan menggunakan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) ketika memandu. Namun, orang ramai perlu bersedia dan berhati-hati sekiranya serangan jantung berlaku sama ada ketika kesesakan lalu lintas atau jalan raya tenang kerana ia bukan sahaja membahayakan diri pemandu tetapi turut membahayakan penumpang lain,” ujarnya.

Kebiasaannya, seseorang yang mendapat serangan jantung tidak akan dibenarkan memandu selama empat minggu.

Berbeza pula kes mereka yang merokok ketika memandu terutamanya untuk bagi perjalanan jarak jauh.

“Keadaan ini banyak berlaku. Ramai pemandu merokok untuk hilangkan mengantuk ketika memandu balik kampung pada musim perayaan atau berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Tidak kurang pula yang merokok kerana stres apabila jalan raya mulai sesak.

‘‘Dalam diam, rokok sebenarnya meningkatkan kolestrol dan serangan jantung mengejut. Justeru itu, amalan ini sebenarnya perlu diubah kerana ia membahayakan pemandu dan penumpangnya,” katanya.

Panduan

Jika berasa sakit dada ketika memandu, Dr. Zul Hilmi menyarankan berhenti memandu dan segera meminta bantuan penumpang yang lain untuk membawa anda ke hospital. Sebaliknya, sekiranya anda memandu sendiri, segera berhenti daripada memandu kereta.

Di Malaysia, 15 hingga 20 peratus pesakit meninggal dunia selepas mendapat serangan jantung. Berbeza dengan negara maju, kematian hanya lima hingga sembilan peratus.

“Statistik ini disebabkan ramai pesakit lewat datang ke hospital, lewat didiagnosis dan lambat mendapatkan rawatan selepas mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.

‘‘Justeru itu, orang ramai yang mendapat sakit dada ketika memandu tidak kira dalam apa jua keadaan lalu lintas, perlu bertindak segera iaitu berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Menyentuh tentang pemandu kenderaan komersial seperti bas, Dr. Zul Hilmi menyaran agar individu yang ingin mendapatkan lesen tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat ini katanya, belum ada undang-undang dikuatkuasa untuk memastikan pemandu bas perlu bebas daripada penyakit jantung.

Dalam pada itu, Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur mengadakan program khusus sempena Hari Jantung Sedunia 2011 yang berlangsung semalam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah ceramah kesihatan berkaitan jantung dan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Chong Wei kalah sebab dah tua?

Kali ini Datuk Lee Chong Wei kalah kepada pemain muda dari China iaitu Chen Long. Adakah ini petanda Lee Chong Wei akan bersara nanti? Chong wei takkan bersara selagi Malaysia tiada pengganti Chong Wei. Tengok je pemain muda China boleh menundukkan pemain No. 1 dunia. Malaysia seharusnya buka mata untuk mencari pemain muda, pelapis muda untuk gantikan pemain yang sudah lama. Pemain muda seharusnya diberi peluang untuk beraksi pada kejohanan yang berprestij seperti ini... Jangan terlalu letak harapan kepada pemain senior..


Sebulan selepas dikecewakan Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di London, Datuk Lee Chong Wei belum mampu bangkit sepenuhnya apabila gagal lagi mencari kejuaraan, kali ini tunduk kepada pemain muda China, Chen Long pada saingan akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.

Selepas mengetepikan China Masters minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada ulang tahun ke-30 Terbuka Jepun, Chong Wei gagal memenuhi misi mempertahankan kejuaraan selepas tewas 8-21, 21-10, 19-21 dalam aksi sengit selama satu jam, 13 minit.

Chong Wei menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan, namun dia nyata terperangkap dengan taktik kotor China apabila Chen Long yang diberi laluan percuma oleh rakan senegaranya, Lin Dan pada separuh akhir kelmarin nyata lebih bertenaga untuk menjuarai gelaran Siri Super kedua berturut-turut selepas China Masters minggu lalu.

Ini adalah kemenangan keduanya daripada lima pertemuan dengan Chong Wei, sekali gus mengecewakan hasrat pemain berusia 29 tahun itu untuk mengembalikan keyakinan selepas kekecewaan di London.

Jurulatih perseorangan kebangsaan, Tey Seu Bock bagaimanapun menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan kekalahan terbaru Chong Wei.

Menurutnya, ini kerana Chong Wei masih berada pada landasan terbaik, apatah lagi dia telah melayakkan diri ke final dalam semua kejohanan yang disertai.

“Chen Long bermain dengan bagus hari ini, dia dapat membaca corak dan pukulan Chong Wei terutama di set pertama, ini membuatkan Chong Wei rasa tertekan.

“Keseluruhannya saya tetap berpuas hati dengan prestasi Chong Wei kerana dia memasuki perlawanan akhir dalam semua kejohanan yang disertai, ini bukan satu pencapaian yang mudah.

“Malah, Chong Wei juga menerima kekalahannya dengan positif kerana dia sudah memberi yang terbaik untuk mencari kemenangan,” kata Seu Bock.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Chong Wei kalah lagi, Chong Wei kalah kepada pemain muda, gambar datuk Chong Wei, berita terkini badminton, keputusan siri super badminton jepun, kekalahan Chong Wei kepada chen long, Chong Wei menang ke atas lin dan, Chong Wei bersara, keputusan badminton 2011

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Rumah Terbuka Raya 2011

IBS Open House 2011

Semalam hari Jumaat, Syarikat tempat aku bekerja iaitu IBS Technology telah mengadakan sambutan rumah terbuka. Sambutan kali ini amat menggalakan daripada staff dengan kehadiran mereka yang berpakaian raya semakin ramai.

Banyak makanan yang telah disajikan antaranya lemang, rendang daging, laksa, mee bandung muar, kuih muih dan macam-macam lagi. Memang kenyang dibuatnya pada hari itu. Sungguh meriah suasana dtambah lagi dengan dendangan lagu-lagu raya..


Tetamu-tetamu yang hadir adalah kebanyakkan daripada staff sendiri dan syarikat-syarikat terdekat. Disamping acara makan-makan raya, IBS juga telah mengadakan cabutan bertuah dan pakaian raya tercantik bagi kategori lelaki dan wanita. Memang yang ramai pakai cantik cantik. apa pun keputusan terletak di tangan GM.

Pemenang pakaian tercantik. Sama pink

Antara pemenang cabutan bertuah

Aku macam biasa, sebagai photographer suka-suka memang rajin ambil gambar-gambar majlis. Dah lama tak ambil gambar macam ni, memang letih satu badan. Minggu depan aku ada job, kira ni pemanas badan laa.. nanti takde laa sakit2 badan macam ni lagi.. hehehe...

Hari ni ada rumah terbuka lagi... makan lagi....... syoknya raya...

Aku rasa baju raya ni ter unik dan pelik tahun ini


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: sambutan raya di IBS, IBS Technology sdn bhd, gambar sambutan hari raya 2011, majlis hari raya 2011, open house 1 malaysia, majlis rumah terbuka ibs, foto majlis rumah terbuka raya 2011, baju raya pelik, baju raya yang unik, baju raya unik, baju raya yang cantik

HIV jangkit melalui makanan dikunyah


KAJIAN terbaru dari Afrika Selatan mendapati, lebih daripada dua pertiga ibu dan penjaga positif HIV yang memberikan makanan yang mereka kunyah kepada bayi masing-masing, berkemungkinan meletakkan bayi mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya itu.

Walaupun melalui kajian tersebut penyelidik tidak bertanyakan soalan kepada penjaga berkenaan sama ada mereka mempunyai virus HIV atau tidak semasa perbincangan mengenai pemberian makanan kepada bayi diadakan, tetapi setengah daripada mereka ditemu ramah di klinik HIV.

Kebanyakan penjaga yang mengunyah makanan juga didapati mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut tetapi masih lagi memberikan makanan yang dikunyah mereka kepada bayi.

Hal ini secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi yang dijaga sekiranya mulut bayi tersebut luka.

Kajian terkini yang dilakukan oleh Dr. Aditya Gaur, di Hospital Kanak-Kanak St. Jude di Memphis, Amerika Syarikat juga mendapati amalan kunyahan makanan telah menular di kalangan masyarakat setempat.

"Seterusnya kita akan melihat sejauh mana risiko pengamalan pemindahan pathogens ini akan berlaku," katanya kepada Reuters.

Dr. Gaur merupakan salah seorang penyelidik pertama yang mengkaji permasalahan tersebut di Amerika Syarikat. Tetapi secara amnya dia mendapati bukti-bukti yang menunjukkan kes-kes tersebut adalah sedikit.

Dalam pada itu, kajian terbaru yang diketuai oleh Dr. Elke Maritz dari Hospital Kanak-Kanak Tygerberg dan Universiti Stellenbosch di Cape Town, juga tidak dapat membuktikan terdapatnya kaitan antara kunyahan makanan dan jangkitan HIV kepada bayi.

Tetapi penjaga-penjaga perlu mengetahui risiko-risiko yang bakal dihadapi terutama sekali di kawasan yang mempunyai jumlah penyakit HIV dan hepatitis B yang tinggi.

Mereka juga perlu mengetahui cara lain bagaimana bayi boleh mengalami jangkitan tersebut selain melalui makanan yang telah dikunyah.

Dalam kajian tersebut, Maritz dan rakan-rakan yang lain telah menemu bual 154 penjaga bayi terutama ibu-ibu di tempat menunggu HIV, klinik ibu mengandung dan juga rumah kanak-kanak.

Dua pertiga daripada mereka atau 106 orang menyatakan bahawa bayi mereka diberi makanan yang telah dikunyah oleh mereka.

Sebanyak 55 orang daripada mereka pula mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut dan 41 daripada jumlah tersebut dilaporkan memberi makanan yang mengandungi darah kepada bayi mereka.

Begitupun, perkara tersebut merupakan senario biasa yang sering dialami bayi ketika menerima makanan yang telah dikunyah sama ada dari ibu mereka ataupun penjaga mereka.

"Laporan mengenai makanan yang bercampur dengan darah bukan lagi satu perkara yang merunsingkan mereka malah bayi-bayi tersebut turut mengalami penyakit mulut," ujar Maritz lagi.

Para penjaga yang ditemui memberitahu, mereka melakukan perkara tersebut (mengunyah makanan) bertujuan untuk merasa makanan tersebut terlebih dahulu sama ada panas atau tidak sebelum diberikan kepada bayi masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka turut memberitahu bahawa mereka dinasihati berbuat demikian oleh ibu masing-masing dan mereka juga tidak mengetahui risiko yang bakal dihadapi.

"Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat sebelum ini, mengunyah makanan merupakan perbuatan biasa yang sering dilakukan oleh penjaga-penjaga dan mereka juga tidak diberitahu semasa ditemu ramah sekali gus tidak mengesyaki sesuatu yang buruk melalui amalan tersebut," kata Maritz.

Tambahnya lagi, sebenarnya mengunyah makanan bukanlah satu perbuatan yang salah atau teruk dan perbuatan ini sering dilakukan oleh keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan yang boleh menghancurkan makanan.

Bagaimanapun, menurut Gaur pula, ia amat penting untuk seimbangkan risiko kekurangan makanan dengan potensi yang dapat memindahkan penyakit HIV melalui makanan yang dikunyah.

Tambah Gaur, sebaik sahaja para penyelidik mendapat gambaran sebenar mengenai masalah tersebut dan bagaimana mudahnya virus HIV dapat dipindahkan melalui makanan yang dikunyah, doktor-doktor akan memberi nasihat kepada pesakit mengenai risiko yang bakal dihadapi. Tetapi semua ini memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.

"Bila anda menyedari akan segala risiko ini, anda akan berkongsi bersama pesakit-pesakit dan dalam masa yang sama anda juga harus menyedarkan masyarakat setempat mengenai segala risiko-risiko ini.

"Kajian ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk kaunseling dan juga amalan seharian," katanya. - Reuters

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sejarah Steve Jobs pengasas syarikat Apple


PADA 25 Ogos lalu, industri pengkomputeran dunia dikejutkan dengan pengumuman pengunduran pengasas syarikat Apple Inc. (Apple), Steve Jobs daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi.

Beliau yang telah menerajui gergasi teknologi berkenaan sejak 1976 bagaimanapun hanya memberikan alasan kesihatan ekoran pengundurannya.

Banyak pihak melihat keputusan tersebut diambil selepas Jobs sering mengambil cuti sakit sejak 2009 sehingga jarang menghadiri majlis-majlis umum syarikatnya.

Pengumuman peletakan jawatan oleh usahawan teknologi unggul itu sekali gus mengakhiri penguasaannya selama lebih 14 tahun terhadap pembangunan rangkaian produk teknologi dan pengkomputeran Apple.

Apple di bawah pimpinannya telah mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global.

Malah, Apple juga kini muncul sebagai syarikat kedua paling inovatif dan bernilai di pasaran dunia.

Pemilik nama sebenar Steven Paul Jobs yang kini berusia 56 tahun mula terlibat dalam aktiviti pembangunan komputer sekitar tahun 1970-an.

Ketika itu, beliau dan rakannya, Steve Wozniak yang juga pengasas bersama syarikat Apple telah mencipta dan membangunkan produk komputer peribadi pasang siap, Apple I pada 1976.

Ia diikuti pengenalan produk Apple II pada tahun berikutnya sekali gus menjadikan Apple sebagai pemain utama industri komputer peribadi ketika itu.

Pada masa sama, Apple II telah menjadi simbol revolusi kepada industri komputer peribadi dunia dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Kejayaan tersebut dinilai daripada segi kesempurnaan spesifikasi teknikal Apple II termasuk perkakasan, warna grafik dan perisian yang digunakan.

Sekitar tahun 1981, Jobs memperkenalkan pula komputer peribadi Apple Macintosh yang mana spesifikasi antara muka grafik pada produk itu telah menerima pengiktirafan di peringkat komersial.

Selepas menghadapi konflik dengan syarikatnya, beliau kemudian menubuhkan syarikat komputer NeXT Computer pada 1986.

Sepanjang tempoh bersama NeXT Computer, Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi interpersonal termaju menggunakan cip pemproses isyarat digital.

Jobs yang berkhidmat dengan syarikat NeXT Computer sehingga tahun 1995 kemudiannya kembali menerajui Apple pada 1997 dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

Di bawah pentadbirannya, Apple terus mengecap kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.

Tahun yang sama juga menyaksikan Jobs merancang strategi untuk terlibat dalam industri hab digital merangkumi penghasilan produk seperti kamera digital, kamera video, pemain MP3, telefon bimbit dan peranti digital.

Momentum kejayaan Apple terus dirancakkan menerusi pengenalan produk pemain MP3 dikenali sebagai iPod pada tahun 2001.

iPod yang disempurnakan bersama kelebihan reka bentuk unik dan cantik serta mempunyai antara muka pengguna pintar hadir bersama siri iPod Classic, iPod Mini, iPod Shuffle dan juga iPod Nano.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan dalam bidang telekomunikasi turut dicatatkan Apple pada tahun 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia.

Selepas legasi Steve Jobs berakhir, pentadbiran syarikat Apple Inc. bakal diterajui pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Tim Cook.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Steve Jobs apple, Steve Jobs keluar dari apple, produk terbaru apple, Steve Jobs letak jawatan

Thursday, September 22, 2011

Minatnya dia pada Angry Birds

Angry Birds adalah sejenis permainan yang menjadi kegilaan ramai. Bukan kanak-kanak sahaja bahkan orang dewasa juga. Malahan aku juga terkena tempiasnya. Ada masa terluang aku akan bermain angry birds di Handphone, termasuk anak aku juga minat main angry birds ni. Terpaksa laa install Angry Birds kt netbook.

Kebetulan masa membeli, Mimi pun pakai baju Angry Birds :)

Bila Angry Birds ni dah semakin popular, macam-macam barangan dikeluarkan menggunakan gambar kartun angry birds ni. Hari ni aku singgah kat kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kebetulan situ banyak barangan angry birds, anak aku jadi tak keruan. Semua barang kartun angry birds dia nak beli. Buku mewarna, sticker, pen, puzzle, alat tulis selain daripada pakaian. Tapi nasib baik laa tak mahal sangat... hehe... Bukan main suka anak aku, balik rumah je terus layan puzzle angry birds.

Mimi suka nya dapat barang Angry Birds

Sekali tengok Angry Birds ni memang comel. Macam-macam karekter ada. Ada muka baik, muka garang, muka jahat dan termasuk juga ada muka sedih. Patutla budak-budak suka sangat kt kartun Angry Birds ni.. Baju raya pun nak pakai gambar ada Angry Birds... hehe layannn.....

Comel-comel belaka Angry Birds



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: kartun Angry Birds, koleksi Angry Birds, download Angry Birds, version Angry Birds, gambar Angry Birds, baju Angry Birds, barangan Angry Birds, game Angry Birds, permainan Angry Birds 2011, seluar Angry Birds, baju Angry Birds 2011, alat tulis Angry Birds 2011, video Angry Birds 2011, upgrade to Angry Birds, new version Angry Birds 2011, Angry Birds free download, Angry Birds rio free, upgrade to Angry Birds, tips and trick Angry Birds, Angry Birds for nokia, Angry Birds for android, Angry Birds for apple, Angry Birds for windows, video Angry Birds

Wednesday, September 21, 2011

Chong Wei Jumpa Lin Dan lagi

Pertembungan 2 jaguh badminton pada masa kini sememangnya dinanti ramai. Pertembungan kali ini bakal berlaku di terbuka Jepun nanti besar kemungkinan di peringkat akhir. Semoga Chong Wei dapat membalas kekalahan sebelum ini di Kejohanan Badminton Dunia. Memang syok tengok perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.


Lin Dan mungkin telah mengalahkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam banyak kejohanan utama, namun masih memasang azam untuk mengalahkan pemain Malaysia itu pada final Terbuka Jepun yang bermula semalam.

Lin Dan dan Chong Wei berpotensi bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir selepas diletak dalam undian berbeza pada kejohanan Siri Super itu.

Chong Wei yang mempertahankan kejuaraan All England, Mac lalu berjaya menundukkan Lin Dan, yang ditabal sebagai juara dunia kali keempat, Ogos lepas 22-20, 16-21, 21-17 dalam saingan akhir Terbuka Jepun 2010.

Biarpun Chong Wei bergelar No. 1 dunia, namun Lin Dan, juara Terbuka Jepun 2005 dan 2006 diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia ketika ini dengan menundukkan pemain negara itu dalam final tiga kejohanan paling berprestij, Sukan Olimpik 2008, Sukan Asia 2010 dan terbaru, Kejohanan Dunia 2011 di London.

Di Tokyo, Chong Wei akan membuka kempen dengan menentang pemain England, Rajiv Ouseph, hari ini.

Sekiranya menang, dia bakal dinanti pemenang di antara Wong Wing-ki dari Hong Kong atau Wang Zhengming dari China.

Chong Wei, 28, turut berada dalam undian yang sama dengan pilihan kelima dan juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia, yang masih belum memenangi sebarang gelaran tahun ini.

Turut berada dalam undian yang sama ialah juara dua kali, Peter Hoeg Gade dari Denmark dan pilihan ketujuh, Nguyen Tien Minh dari Denmark.

Lin Dan, pemain No. 2 dunia pula akan memulakan kempen dengan berdepan jaguh veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il, juara Terbuka Jepun 2002.

Pemain berusia 27 tahun itu tiba di Tokyo kurang seminggu selepas dikejutkan rakan senegaranya, Chen Jin 25-23, 21-15 pada separuh akhir China Masters.

Chen Jin kemudian kalah kepada seorang lagi pemain China, Chen Long di final. Ketiga-tiga pemain berada dalam undian yang sama di Jepun.

"Ini adalah ulang tahun Terbuka Jepun ke-30, jadi saya mengetepikan China Masters selepas Kejohanan Dunia untuk memberi tumpuan kepada kejohanan ini, saya benar-benar mahu memenanginya.

"Proses kelayakan Sukan Olimpik akan berlarutan hingga Mei tahun depan, jadi adalah penting untuk saya mendapatkan keputusan yang baik, tetapi pada masa yang sama saya kena berhati-hati agar tidak cedera,'' kata Chong Wei.

Sementara itu, Lin Dan ketika diminta mengulas mengenai kekalahan kepada Chen Jin berkata: "Saya tidak berminat hendak bercakap apa-apa, asalkan kemenangan milik kami (China) ia sudah cukup."

Lin Dan juga menegaskan, dia sudah melupakan kekalahan di tempat sendiri dan bersedia untuk berdepan kemungkinan mengulangi pertemuan dengan Chong Wei. - AFP

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Lee Chong Wei kalahkan lin dan, video aksi Lee Chong Wei, video permainan Lee Chong Wei, gambar Lee Chong Wei, Lee Chong Wei jumpa lin dan di final, badminton Lee Chong Wei jumpa lin dan, lin dan menang ke atas Lee Chong Wei, Lee Chong Wei tewaskan lin dan, kejohanan badminton dunia, badminton terbuka jepun, badminton terbuka malaysia Lee Chong Wei, badminton terbuka indonesia

Malaysia kalah kepada Jepun

Malaysia kalah di tangan Jepun pada kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Tosu, Fukuoka. Perlawanan timbal balik akan diadakan di Malaysia pada 22 Februari tahun depan. Semoga Malaysia ada mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki segala kelemahan dan memantapkan serangan termasuk pertahanan. Semoga Malaysia dapat mengatasi Jepun nanti dibumi sendiri.


Malaysia kecundang 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pusingan akhir kelayakkan Olimpik di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun, sebentar tadi.

Pemain tengah Jepun, Keigo Higashi membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 sebelum Ryohei Yamazaki menggandakan kedudukan itu pada minit ke-77.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Malaysia kalah kepada Jepun, Jepun tewaskan Malaysia, malaysia masuk Sukan Olimpik, malaysia gagal Sukan Olimpik, gambar perlawanan malaysia Sukan Olimpik, malaysia jepun di Sukan Olimpik, jaringan cantik perlawanan Sukan Olimpik, malaysia bertemu jepun di Sukan Olimpik, malaysia menang besar Sukan Olimpik

Tuesday, September 20, 2011

Vietnam kalahkan Malaysia - AFF

Bola kalah lagi. Apa nak buat. Malaysia cubalah lagi lain tahun nanti.. Bawah 19 tahun ni masih muda lagi, ada masa lagi untuk jadi juara :) Rabu ni Malaysia jumpa Myanmar untuk penentuan tempat ke-3. Semoga Malaysia Menang..


Impian Malaysia untuk mencipta sejarah pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun tidak kesampaian apabila kalah tipis 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar.

Menurut laman web AFF, penyerang berbisa Nguyen Xuan Nam menjaringkan dua gol untuk membantu Vietnam melangkah ke final menentang pilihan utama Thailand, Rabu ini.

Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah pada saingan peringkat kumpulan, membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh dari 25 meter oleh Nguyen pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya membendung gerakan pantas pemain Vietnam dan memberi saingan sengit sebelum menyamakan kedudukan menerusi Nur Areff Kamaruddin pada minit ke-41.

Vietnam bangkit semula pada babak kedua sebelum Nguyen muncul wira pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79 selepas menyambut hantaran lambung dari tendangan percuma pemain gantian Don Hung Dung.

Dalam satu perlawanan separuh akhir di gelanggang Pusat Latihan Remaja, Thailand mengatasi tuan rumah Myanmar 2-1.

Malaysia akan berdepan dengan Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Rabu ini. - Bernama



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Malaysia AFF bawah 19, kejohanan AFF bawah 19, malaysia kalah kepada vietnam, gambar kejohanan AFF bawah 19, keputusan AFF bawah 19, juara AFF bawah 19, juara Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, jadual Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, keputusan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, malaysia kalah dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2011, gambar Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2011, gambar pemain bola sepak malaysia bawah 19 tahun, bola malaysia kalah kepada vietnam, vietnam menang ke atas malaysia aff

Anelka mahu tinggalkan Chelsea

Agaknya nanti kelab mana Anelka ni nak pergi ye??? torres taknak pergi ke? hehe


Nicolas Anelka mungkin menjadi pemain yang bakal meninggalkan Stamford Bridge sekali gus akan menjadi perpindahan percuma pada tahun depan.

Anela, 32, telah menunjukkan kesungguhannya sewaktu berada di bawah kendalian pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas musim ini, namun tetap mahu meninggalkan kelab tersebut biarpun telah ditawar untuk melanjutkan kontrak.

"Dia mungkin menjadi pemain yang tidak akan dilanjutkan kontraknya. Nico (Anelka) adalah pemain yang sangat gembira di sini dan dia telah menjadi milik Chelsea melalui kontraknya tahun lepas.

"Kami telah berusaha menawarkan kontrak baru kepadanya, namun pemain itu mempunyai keputusannya tersendiri," kata Villas-Boas.

Ditanya adakah Anelka menunjukkan tanda-tanda mahu meninggalkan kelab tersebut, Villas-Boas menjawab: "Ya."

Didier Drogba juga adalah antara pemain yang kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Penyerang Chelsea itu telah ditawarkan kontrak baru, namun sehingga kini masih belum memberikan maklum balas.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana khuatir ia akan menjadi spekulasi," kata Villas-Boas. - Agensi



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Anelka keluar chelsea, Anelka biodata, Anelka pictures, gambar Anelka, Anelka leaving chelsea, Anelka bosan dengan chelsea, Anelka out

Monday, September 19, 2011

Video aksi Juara Dunia Freestyle Football

Semalam aku tengok Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011 live kat TV. Memang ngam hoo... Macam-macam aksi dan gaya diorg mengawal dan menimang bola. Macam menari dengan bola pula aku tengok. Memang tak kelip mata aku melihatnya. Henderson ni memang hebat. Aksi memang terpukau.



Wakil England, Andrew Henderson dinobatkan sebagai juara dunia pada Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011 di sini, semalam.

Anak muda berusia 19 tahun itu menewaskan wakil dari Perancis, Gautier pada peringkat akhir dalam pertandingan yang dilangsungkan di Sunway Pyramid.

Kemenangan itu membolehkan Henderson membawa pulang 5,000 pound (RM24,394) beserta plak, sementara Gautier memenangi wang tunai 2,000 pound (RM9,757) dan plak.

Pemenang tempat ketiga serta keempat menjadi milik Michryc dari Poland yang berjaya memenangi 1,000 pound (RM4,878) dan wakil dari Jepun, Tokura.

Untuk kategori Malaysia, peserta berusia 17 tahun, Mohd. Irfan Ashgar Ali muncul juara manakala pemenang tempat kedua menjadi milik Amirul dan Patrick di tempat ketiga.

Mohd. Irfan membawa pulang RM3,000 beserta plak, Amirul menggondol RM1,500 dan plak manakala Patrick sekadar berpuas hati RM500.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: juara Freestyle Football Championships, henderson Freestyle Football Championships, gambar Freestyle Football Championships 2011, foto Freestyle Football Championships, aksi Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, foto Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, gambar Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, foto Andrew Henderson, Andrew Henderson biodata, Andrew Henderson pictures, video Freestyle Football, youtube Freestyle Football.

Liverpool pula kene belasah 0-4



Kali ni giliran Liverpool pula kene belasah dengan Tottenham 0-4. Tottenham dengan mudah menyayurkan Liverpool. Liverpool pada awal musim nampak gah, tapi makin lama makin sayur kene belasah plak. Adebayor score 2 biji. Liverpool kene badi Arsenal ke?



Keputusan lain Sunderland pula menghentam Stoke sampai 4-0, manakala Fulham dan Man City seri 2-2. Man City gagal meneruskan kemenangannya... Manchester United telah ganyang Chelsea 3-1.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: keputusan EPL 2011, liverpool kalah besar, gambar liverpool, baju liverpool, jadual EPL, kekalahan liverpool

Sunday, September 18, 2011

DSLR Alpha a580


Sony Alpha a580 adalah body DSLR seterusnya yang akan dan ingin aku miliki tidak lama lagi. InsyAllah.. Sekarang aku telah mempunyai Alpha a350. Tapi rasa macam tak puas. Jadi aku perlukan body yang lebih bagus dan sekurang-kurangnya mempunya lebih dari 1 DSLR untuk menjalankan kerja-kerja aku nanti. Antara kelebihanya adalah 16.2 MP Exmor CMOS Sensor, 7fps Continuous Shooting, Full HD Movie Recording, Advanced Quick AF Live View, 3D Sweep Panorama.. a580 merupakan Midrange punya level.

Kenapa Sony? mesti ramai org akan tanya soalan itu. Tidak kenapa nikon atau canon? Jawapan aku senang je, sebab aku dah biasa dengan Sony system, jadi aku teruskan dgn sony dslr. Gear sony aku pun dah banyak, sayang pula nak tukar kepada brand lain.

Orang cakap bila pakai DSLR canon atau nikon banyak pilihan lens. Menang betul, tapi perlukah kita beli semua lens tu? So aku beli lens yang aku nak guna sahaja. Kang beli banyak2 tak guna nanti rosak berkarat pulak.. hehe..

Jadi kepada mereka yang nak berjinak-jinak dalam dunia photography, pilih laa DSLR yang terbaik utk anda, sesuai untuk anda dan yang mudah untuk dipelajari. Ingat anda yang control Camera, bukan Camera yang control anda. Maksudnya bila dah ada DSLR tu jgn main auto je, belajar laa main manual pula, control keseluruhan DSLR anda semoga dapat menghasilkan gambar yang terbaik.. hehe



Berikut adalah spefikasi a580 pilihan aku.

Features :
- 16.2 megapixel Exmor™ APS HD CMOS
- Live View
- Full HD AVCHD video
- 7fps, 7.5cm LCD

Specification :

Lens Mount
Sony alpha mount: YES Compatibility with A-Mount bayonet lenses from Minolta and Konica Minolta: YES

Lens Compatibility
All types of Sony alpha lenses: YES
Minolta & Konica Minolta α/MAXXUM/DYNAX lenses: YES

Image Sensory
Image sensor type: CMOS Sensor
Image sensor colour filter: R, G, B, Primary color
Size (mm): 23.5 x 15.6mm (APS-C size)

Camera
Total sensor Pixels (megapixels): Approx. 16.7
Effective Pixels (megapixels): Approx. 16.2
Automatic White Balance: YES
White balance: preset selection: Daylight, Shade, Cloudy, Incandescent, Fluorescent, Flash / custom setting: YES / types of color temperature: 2500 - 9900 k with 19-step Magenta / Green compensation
White balance bracketing: 3 frames, Selectable 2 steps
ISO Sensitivity Setting: ISO100 - 12800 equivalent

SteadyShot INSIDE
System: Sensor-shift mechanism: YES
SteadyShot INSIDE scale (in viewfinder): YES
Camera-Shake warning (in viewfinder): YES
SteadyShot INSIDE capability: Approx. 2.5 EV - 4 EV decrease in shutter speed (varies according to shooting conditions and lens used)
SteadyShot INSIDE compatibility: All Sony DSLR lenses and A-Mount bayonet lenses from Minolta and Konica Minolta

*SteadyShot INSIDE was previously known as Super SteadyShot

Anti-Dust
Charge protection coating on Low-Pass Filter and electromagnetic vibration mechanism: YES

Auto Focus System
TTL phase-detection system: YES
Contrast AF system: YES - selectable in focus check live view mode
Sensor: 15 points (3 points cross type)
Sensitivity Range (at ISO 100 equivalent); EV : -1 - 18
Eye Start AF System (on off selectable): YES
AF Area: Wide focus area: YES (auto with 15 areas)
AF Area: Spot: YES
AF Area: Local focus area selection: YES (15 local areas)
AF Area: Multi Point: NO
AF Area: Center Weighted: YES
AF Area: Flexible Spot: YES
AF Modes: Continuous, Single Shot, Automatic, Manual Focus
Predictive Focus Control: YES (AF-A and AF-C)
Focus Lock: YES
AF Illuminator: YES (with built-in flash)
AF Illuminator range (meters): Approx. 1-5

Auto Exposure System
Light metering type: TTL metering (OVF), 1200-zone evaluative metering (LV)
Light metering cell: 40-segment honeycomb-pattern SPC (OVF)
Light metering: Multi segment: YES
Light metering: Spot: YES
Light metering: Center weighted: YES
Exposure: Automatic: YES / Program Auto: YES / iAUTO: NO / AUTO+: NO / Shutter priority: YES / Aperture priority: YES / Manual: YES / Scene selection: YES
Sweep Panorama: YES (2D, 3D)
Anti Motion Blur: NO
AE Lock: YES
Exposure compensation: YES (+/-2.0 EV, 1/3 EV step)
AE Bracketing: With 1/3 EV / 2/3 EV increments, 3 frames

Shutter
Type: Electronically-controlled, vertical-traverse, focal-plane type
Shutter Speed Range (seconds): 1/4000 - 30 and bulb
Flash Sync Speed; second: 1/160
Flash Sync Speed (With Steady Shoot On); second: 1/160

Flash
Built-in-Flash Guide Number (in meters at ISO 100): 12
Flash Metering System : ADI / Pre-flash TTL flash metering
Flash Compensation: +/-2.0 EV (1/3 EV steps)
Built-in-Flash Recycling Time (approx. time in seconds): 4
Flash Mode: Autoflash, Fill-flash, Slow sync, Rear flash sync. High Speed sync.
Wireless flash mode: YES (with optional compatible accessory flash)
Slow Synchronization: YES
Red-Eye Reduction: YES
Flash Popup: Auto
Automatic Flash: YES

Viewfinder
Type: Fixed eye-level, penta-Dach-mirror
Focusing Screen: Spherical Acute Matte
Field of View (%) : 95
Magnification (with 50mm lens at infinity): 0.80x
Eye Relief: Approx. 19mm from the Eyepiece lens
Diopter Adjustment: -2.5 to +1.0 diopter

Live View
Type: YES - Quick AF and Manual Focus Check Live View
Other : Face detection / Smile shutter *with Quick AF and Focus Check LV mode

LCD screen
Screen Size: 7.5cm / 3"
Monitor Type: Xtra Fine LCD
LCD Total Dot Number: 921.600
LCD on/off : YES
Brightness adjustable: YES
Tilting screen: YES - 2 way tilt

Recording
Drive Mode: Single, Continuous, Speed-priority Continuous, 10 seconds and 2 seconds Self-timer
Continuous-Advance Rate (approx. frames per second at maximum): Max.5 fps with Viewfinder, max.3 fps in live view mode (approx.), max.7 fps in Speed-priority
Continuous mode: Number of Continuous Advance / JPEG (L size, Fine): 44 images, RAW: 22 images, RAW+JPEG: 20 images
Recording Media : Memory Stick PRO Duo™, Memory Stick PRO-HG Duo™, SD, SDHC, SDXC memory cards
Recording Format: JPEG (DCF Ver. 2.0, Exif Ver. 2.3, MPF Baseline) compliant, DPOF compatible, RAW (Sony ARW 2.2 format), RAW + JPEG
Panorama size: Max. degrees of sweep angle(focal length 16mm/18mm)
Still Image quality: RAW, RAW + JPEG, JPEG (Fine, Standard)
Movie Recording Format: AVCHD / MP4
Video Compression: MPEG-4 AVC / H.264
Audio recording Format: Dolby® Digital (AC-3) / MPEG-4 AAC-LC
Movie recording mode - AVCHD: YES, 1920 x 1080(50i, Interlace), Approx.17Mbps(Average bit-rate) (PAL)
Movie recording mode - MP4 : YES, 1440 x 1080(Approx.25fps, Progressive), Approx. 12Mbps (Average bit-rate) (PAL) / VGA(640 x 480, Approx.25fps, Progressive), Approx.3Mbps(Average bit-rate) (PAL)
Noise Reduction (Long exp.NR): On / Off, available at shutter speeds longer than 1 second
Noise Reduction (High ISO NR): YES
Delete Function: YES
Color Space (sRGB): YES
Color Space (Adobe RGB): YES
Color mode/DEC/Creative styles: Standard, Vivid, Portrait, Landscape, Sunset, B/W
Dynamic Range Optimizer: Off, Auto, Advanced: Level
Date/Time Print: YES

Playback/Edit
Information Display: YES
White/Black Out Alert: YES
Index Playback: YES (9,4)
Enlarge (Maximum magnification) : L size: 11.8x, M size: 8.8x, S size: 6x
Image Rotation: YES
Auto Image Rotation: YES

General
Battery Remaining Indicator: YES
InfoLITHIUM Battery Indicator: YES (in %)
Histogram Indicator: YES
Exif: 2.3
Exif Print: YES
PictBridge: NO
Zone Matching: NO
Depth-of-Field Preview: YES
PRINT Image Matching III: YES
Remote Release Terminal: YES
IR Remote Control: YES (with RMT-DSLR1)
DPOF(Digital Print Order Format): YES
Indicator of remaining memory space (CF): YES
Beep Sound: On/Off selectable
File Number Memory: On/Off selectable
Folder Name Mode: Standard and Date
Operating Temperature (degrees C): 0 - 40

Jacks
Video Out: NO
HD/HDMI® Out: HDMI® mini connector (Type C), BRAVIA® Sync (Sync menu), Photo TV HD
USB 2.0 Hi-Speed: YES
USB Mode: Mass Storage (PC connection) / PTP

Power
Battery: NP-FM500H

Size : Dimensions (WxHx D): 137 x 104 x 84mm



Alpha a580 juga antara sensor yang terbaik. tengok kt sini DXOmark





~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: sony dslr, a580 sny dslr, dslr mana yang bagus, gambar sony dslr, spefikasi sony dslr, sony alpha dslr, dslr sensor ranking, dslr ranking, best dslr, best sensor dslr, new technology on dslr,

Gambar Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia

Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar sambutan hari Merdeka dan Hari Malaysia yang telah diadakan di beberapa buah negeri di Malaysia. Memang sangat meriah sambutan ini.. Macam-macam aksi dan ragam sempena sambutan ini. Semoga Malaysia terus aman, maju dan rakyatnya sejahtera.



Kredit kepada Metro dan Utusan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: gambar sambutan hari malaysia 2011, gambar sambutan hari merdeka 2011, foto menarik hari malaysia 2011, foto sambutan hari merdeka, video sambutan hari malaysia 2011, aksi menarik sambutan hari malaysia 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...