Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan. Disini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di Malaysia dan Dunia. Dan tahniah kepada kita semua juga kerana Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Semoga Malaysia terus Maju dan Aman.


Tidak lupa kepada Isteri dan anak-anak tersayang. Semoga persiapan hari raya dah siap dan sempurna. Jika ada yang tak beli lagi, weekend ni boleh pergi shopping :)

Kepada mak dan bapak di kampung, dan semua adik beradik. Tahun ni raya pertama kita semua akan bertemu sekeluarga menyambut hari raya..

Dan yang paling penting, berhati-hatilah di jalan raya. Pulang lah ke kampung dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga hari raya tahun ni adalah raya yang paling bahagia. InsyAllah....


Akhir kata 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"


dan

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia"



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, August 29, 2011

Manchester United membelasah Arsenal 8-2

Kesian Arsenal kene belasah sampai macam tu... apa nak jadi dengan Arsenal ni???



LONDON 29 Ogos - Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Arsenal 8-2 di Old Trafford, sebentar tadi.

Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.

United memperoleh gol awal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-21 sebelum Asley Young meledak pada minit ke- Theo Welcott menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Theo Walcott kemudian menyumbat masuk pada minit ke-48.

Masuk separuh masa kedua Nani meledak pada minit ke-65 disusuli Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.

Young sekali lagi merembat jaringan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bersejarah United 8-2.


Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane.

Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana England musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat City musim ini, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu terus menerajui liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum dan menjadikan pasukan Eastland itu sebagai calon pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama. - Agensi

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Manchester United vs Arsenal, keputusan Manchester United vs Arsenal, pemenang Manchester United vs Arsenal, epl Manchester United vs Arsenal, arsenal kalah lagi, arsenal kalah besar, manchester united menang besar, epl 2011 Manchester United vs Arsenal, jadual perlawanan akhir Manchester United vs Arsenal

Sunday, August 28, 2011

Kiub Ais punca keracunan makanan

Bahaya juga Kiub Ais ni, kalo kita tidak tahu punca asal usul air yang diambil ni... Kemungkinan mengandungi bakteria/kuman.. So berhati2 laa memilih ais batu. nak2 musim perayaan ni


26 Ogos 2011 - Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik Bernama Online.

“Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur dibeli daripada bazar Ramadan sama.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, August 27, 2011

Barton ikat kontrak empat tahun dengan QPR


Pemain Newcastle United, Joey Barton mengikat kontrak selam empat tahun bersama kelab baru di Liga Perdana, Queens Park Rangers (QPR), umum kelab London itu semalam.


Gambar pemain berusia 28 tahun itu yang sedang memegang jersi bernombor 17 yang akan dipakai musim ini telah diterbitkan oleh laman web QPR.

Barton yang mempunyai satu cap dengan England, telah mengecewakan pengurusan Newcastle baru-baru ini kerana mengkritik polisi perpindahan kelab tersebut berhubung pemindahan dua rakannya, Kevin Nolan dan Jose Enrique.

Ekoran itu, Newcastle mengumumkan Barton juga kini boleh dibeli tanpa sebarang bayaran - AFP

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, August 26, 2011

Buka Puasa di Restoran Seri Melayu


Semalam aku dan beberapa rakan opis telah berbuka puasa di Restoran Seri Melayu. Kali ini Majlis Berbuka puasa telah disponsor oleh Syarikat yang selama ini telah lama berurusan dengan syarikat tempat ku bekerja..



Lokasi nya yang terletak di Jalan Conlay KL, nak ke sana memang jalan jem, sesak kerana terletak di tengah2 kawasan bandaraya KL. Lepas tu parking pula cepat penuh.. so bertindah2 laa kereta.


Makanannya pula ok dan sedap. kene dengan selera tekak aku.. Aku rasa mlm tu banyak gak aku makan... hehehe.. Abis satu kawasan restoran tu aku pusing mencari makanan. Di sampaing makanan & minuman, restoran tu juga menyajikan persembahan kebudayaan. Macam2 persembahan dan tarian ditunjukkan...

Raya pun dah nak dekat, sapa nk cuba berbuka puasa kt sana boleh laaa selagi sempat.. kalo tak tunggu bulan puasa akan datang pula.. Tak silap aku sekepala harganya 78++ kot..


Address:

RESTORAN SERI MELAYU
No. 1 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 - 2145 1833
Fax: 03-2145 1755

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: lokasi Restoran Seri Melayu, map Restoran Seri Melayu, buffet Restoran Seri Melayu, harga buffet Restoran Seri Melayu, harga buka puasa Restoran Seri Melayu, promosi ramdhan Restoran Seri Melayu, no contact Restoran Seri Melayu, no telefon Restoran Seri Melayu, pakej Restoran Seri Melayu, dinner Restoran Seri Melayu, lunch Restoran Seri Melayu, alamat Restoran Seri Melayu, address Restoran Seri Melayu, foto Restoran Seri Melayu, gambar Restoran Seri Melayu, tempat buka puasa sedap Restoran Seri Melayu, tempat menarik di Restoran Seri Melayu

Video Pendekar Bujang Lapuk Versi lain


Begitulah hebatnya cerita P.Ramlee ni Pendekar Bujang Lapuk sehingga sekarang orang masih mahu lagi melihat dan menonton filemnya. Sehingga ada yang sampai meniru aksi2 dalam filem tersebut.. Jika kita tengok ni berulang-ulang pun susah nak jemu.. kadang2 rindu dengan lawak jenaka dalam filem tersebut... Tapi Filem Pendekar Bujang Lapuk ni memang kelakar abis... Jom tengok kat bawah ni dari versi yang lain, lakonan semula..











~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: cerita p.ramlee, video p.ramlee, filem p.ramlee, video pendekar bujang lapuk, youtube pendekar bujang lapuk, jalan cerita pendekar bujang lapuk, biodata p.ramlee, video 3gp p.ramlee, video mp4 p.ramlee

Thursday, August 25, 2011

Buka Puasa di Crown Plaza Mutiara

Selasa lepas aku telah berbuka puasa di Restoran Planter's Inn Crown Plaza Mutiara Hotel. Kali ni aku berbuka bersama beberapa orang client company aku.


Makanan kat situ bagi aku ok laaa.. Aku rasa macam tak puas plak masa berbuka kat situ.. Mungkin aku penat bekerja atau makanan nya tak kene dengan selera aku.. Apa pun Alhamdulillah sebab aku makan dengan kenyangnya.. So sesiapa nk cuba berbuka puasa di Crown Plaza siap sedia laa dengan duit yang cukup kerana harganya cukup mengkagumkan.. RM 98++/pax.








Address:
Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur Selangor.
Tel: 03 2146 3820 ext 3821
Website: http://www.crowneplazakl.com/cpkl/food-beverage.html
Opening times: Sun-Thurs, 6am-11pm; Fri, Sat and eve of public holidays, 6am-1am

Hari ni aku ada buka puasa lagi.. di Restoran Seri Melayu... Selamat berpuasa semua..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Crown plaza mutiara buffet ramadhan, harga buffet Crown plaza mutiara, lokasi Crown plaza mutiara, makanan sedap di Crown plaza mutiara, tempat menarik Crown plaza mutiara, kemudahan di Crown plaza mutiara, no telefon Crown plaza mutiara, gambar Crown plaza mutiara, foto Crown plaza mutiara, buffet ramadan murah Crown plaza mutiara, map to Crown Plaza Mutiara Hotel, peta ke Crown Plaza Mutiara hotel

RM113 juta: Nasri kini milik Man City


Akhirnya, Nasri jadi juga pindah ke Manchester City.............

ARSENAL, kelmarin bersetuju menjual pemain tengah Perancis, Samir Nasri kepada musuh Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan nilai perpindahan £24 juta (RM113 juta).

Kelab The Gunners membenarkan pemain berusia 24 tahun itu berkunjung ke Manchester bagi ujian perubatan.

“Perpindahan itu bergantung kepada laporan perubatan dan proses pendaftaran formal,” kata kenyataan di laman web Arsenal. Nasri beraksi untuk Arsenal selama tiga tahun selepas berpindah dari Marseille.


Samir Nasri dikecam oleh pemain baru Gunners selepas bintang Perancis itu meninggalkan Arsenal untuk Manchester City kerana mengejar tawaran yang lumayan.

Emmanuel Frimpong, 19, membidas Nasri yang bakal menerima gaji 175,000 pound (RM859,769) seminggu.

Pemain tengah, Frimpong menerusi laman sosial Twitter berkata: "Wang merupakan akar umbi kepada semua kejahatan."

Kenyataannya itu dibuat selepas Arsenal mengumumkan perpindahan pemain itu menerusi laman web rasmi kelab tersebut, kelmarin.

Bintang baru Gunners itu dibuang padang sewaktu menentang Liverpool, Sabtu lalu masih marah terhadap keputusan Nasri, sehari selepas rakan sepasukan, Jack Wilshere mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu.

Wilshere berkata: "Selamat berjaya kepada rakan saya Nasri. Saya belajar banyak daripadanya. Dia merupakan pemain berkelas dunia. Kami akan merinduinya."

Namun Frimpong dalam Twitternya membalas: "Cukuplah Jack," yang menandakan dia tidak akan dirindui oleh pemain di Emirates.

Sementara itu, Gareth Barry percaya ketibaan Samir Nasri bakal membangkitkan semangat untuk Manchester City memburu trofi kejuaraan.

Pemain tengah Arsenal itu, kelmarin menandatangani perjanjian sebanyak 22 juta pound (RM108 juta).

Barry berpendapat, pemain berusia 24 tahun itu merupakan seorang lagi bintang yang berkualiti berjaya diikat Roberto Mancini bagi mewujudkan lebih banyak pilihan pada posisi tengah.

Pemain itu turut meramalkan Nasri bukan pemain terakhir yang akan menyertai City, dengan bos kelab itu, kelmarin mengakui dia amat berminat untuk mendapatkan bintang Roma, Daniele de Rossi.

Namun ketika ditanya mengenai Nasri, Barry berkata: "Dia amat hebat. Jika anda mahu memenangi trofi, anda memerlukan pemain yang luar biasa dan dia merupakan seorang daripadanya.

"Sesiapa sahaja yang memiliki kualiti seperti itu dan menyertai skuad kami, dia bakal membantu kami." - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: keputusan perpindahan Samir Nasri, Samir Nasri pindah ke manchester city, Samir Nasri kena jual, foto Samir Nasri, gambar Samir Nasri, status terkini Samir Nasri, gosip Samir Nasri, Samir Nasri pemain EPL,

Penderitaan Rasulullah

Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun.

Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.

Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits bin Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku melihat orang ramai berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik tangan ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada ayahku: 'Apa sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat Rasulullah SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya dengan berbagai cara sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar dari situ.

Kemudian aku lihat seorang wanita datang kepada beliau membawa air dan sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat air itu dan minum darinya. Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada wanita itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya seraya berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat semua dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa dia wanita itu? jawab mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa'id 6:21)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.

Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.
(Majma'uz Zawa'id 6:21)

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, August 24, 2011

Top Blog Edisi Melayu Ogos 2011

Berikut adalah senarai Top Blog Melayu yang menduduki carta Top 500 Alexa Malaysia. Dan tak sangka Mamat pun tersenarai pada rank 44.. baru 3 bulan lebih dia berblog... hebak3...

beautifulnara.com tetap hebat.... otai tu


Senarai Top Blog Melayu edisi Ogos 2011 | Top 500 Alexa Malaysia

beautifulnara.com (alexa : 56/11462, PR3)
blogserius.blogspot.com (alexa : 81/19978, PR2)
denaihati.com (alexa : 103/25874, PR4)
ohbulan.com (alexa : 104/22997, PR3)
myresipi.com (alexa : 116/32109, PR4)
amanz.my (alexa : 123/34120, PR4)
itsmesaiful.blogspot.com (alexa : 142/57060, PR2)
2dayblogger.com (alexa : 144/32721 , PR2)
benashaari.com (alexa : 192/38745, PR3)
mummynemo.com (alexa : 218/65651, PR2)
milosuam.blogspot.com (alexa : 221/47875, PR3)
tukartiub.blogspot.com (alexa : 223/47923, PR4)
kujie2.com (alexa : 230/49879, PR3)
papagomo.com (alexa : 244/44481, PR3)
jejariruncing.blogspot.com (alexa : 245/107257, PR2)
puanbee.com (alexa : 254/51656, PR2)
cikepal06.blogspot.com (alexa : 263/47553, PR4)
ariffshah.com (alexa : 264/56268, PR3)
abgteror.com (alexa : 266/102394, PR2)
wancikgumuzik.blogspot.com (alexa : 277/66754, PR2)
faizalfredley.com (alexa : 281/61991, PR4)
ammboi.com (alexa : 287/67174, PR2)
ohartis.com (alexa : 301/54083, PR3)
borakkosong.com (alexa : 324/67466, PR2)
melvister.com (alexa : 335/64597, PR2)
akustressgiler.blogspot.com (alexa : 337/106006 , PR1)
ohtidak.com (alexa : 339/68052, PR4)
andyhowtt.com (alexa : 351/87428, PR2)
yanmieonline.com (alexa : 359/78107, PR3)
enciknakal.com (alexa : 374/75318, PR2)
ar-rifke.com (alexa : 382/71808, PR2)
redmummy.com (alexa : 383/76630, PR4)
amenoworld.blogspot.com (alexa : 386/72108, PR3)
gerakan-anti-pkr.blogspot.com (alexa : 390/70874, PR4)
sukakereta.blogspot.com (alexa : 393/98893, PR2)
kupukupukecik.blogspot.com (alexa : 399/85802, PR2)
penulissenja.com (alexa : 407/60974 , PR2)
izyan.com (alexa : 408/62784 , PR3)
cikgudahlia.com (alexa : 409/87084 , PR4)
mediamalaya.com (alexa : 410/75441 , PR3)
azfar9897.blogspot.com (alexa : 414/80604 , PR4)
decrewz.com (alexa : 431/123163, PR2)
azrijohan.blogspot.com (alexa : 437/154255, PR2)
ceritamamat.com (alexa : 438/93694 , PR1)
ayeemayam.com (alexa : 443/112426, PR3)
beritasemasa.com (alexa : 450/78589 , PR3)
broframestone.com (alexa : 452/85900 , PR3)
eyriqazz.com (alexa : 465/95107 , PR4)
greenboc.blogspot.com (alexa : 469/91520 , PR4)
bom321.com (alexa : 471/105497, PR2)
mediapermatangpauh.blogspot.com (alexa : 473/85424 , PR3)
prince91.com (alexa : 477/124770, PR2)
aku-freaky-falcon.blogspot.com (alexa : 482/107325, PR3)
inibelogsaya.blogspot.com (alexa : 489/105631, PR4)
novandri.blogspot.com (alexa : 490/87333 , PR4)

*Petunjuk :

(alexa : MY/Global, PageRank) .. Ranking Alexa adalah sehingga 23 Aug 2011 @ 3pm


Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/top-blog-melayu-edisi-ogos-2011-top-500-alexa-malaysia/#ixzz1VsKsn9TE



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: top blogger melayu, senarai blogger melayu, blogger terhebat, blogger rank tertinggi

Video Iklan Lama Hari Raya

Nostalgia ni.. Iklan Raya tahun 80an, 90an dan 2000an .. Jom kita tengok... Banyak pengajaran dan nilai2 murni dari video clip raya dibawah ni. Bila tonton balik iklan ni teringat zaman masa hari raya kecik2 dulu... Memang meriah...... Mungkin ada antara korang dah lupa, atau tak pernah tengok kan.. Mari kita layan dulu video raya ni.




















Dah tengok kan.. Jadi Iklan mana yang korang rasa best dan suka sangat.. Bagi aku aku suka yang 6 adik beradik tu cari daging, hati dan limpa Lembu... sampai pengsan mak nya tgk anak2 bawa balik Lembu seekor... semua ada... Syurga di bawah telapak Kaki Ibu...


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: iklan lama raya, iklan hari raya aidilfitri, youtube iklan raya, video iklan raya, nostalgia iklan raya, iklan hari raya, video 3gp raya, video mp3 raya, video mp4 raya

Symbian Anna OS Baru Nokia, Jom Upgrade

Aku baru sahaja upgrade aku punya N8 yang menggunakan OS Symbian 3 kepada Symbian Anna. Dengan menggunakan Nokia Ovi Suite, dengan mudah aku download dan upgrade kepada Symbian Anna. Tiada masalah atau error semasa prosess upgrade. Jadi sesiapa ada Nokia N8 tu boleh cuba upgrade kepada Symbian Anna. Kepada pengguna Nokia C7, C6-01 dan E7 juga boleh upgrade.
Symbian Anna merupakan versi upgrade dari sistem operasi Symbian layar sentuh sebelumnya, iaitu Symbian^3. Symbian^3 sendiri merupakan versi upgrade dari sistem operasi Symbian layar sentuh sebelumnya, yang dinamakan Symbian S60 5th Edition.



Berikut adalah beberapa kelebihan yang ada pada Symbian Anna.

- Ikon menu tampil dalam design baru, yang dibawa bersama dengan kehadiran pilihan theme baru. Ikon menu ini akan tampil dengan bentuk agak membulat.

- Penggunaan input text yang lebih mudah. Tampilan qwerty keyboard virtual bisa dimunculkan dalam posisi portrait (vertikal). Selain itu qwerty keyboard virtual juga dimunculkan di menu manapun yang memerlukan input text.

- Segala hal yang berhubungan dengan web application atau web brwoser akan ditingkatkan kemudahan penggunaannya. Termasuk tampilan user interface yang lebih fresh dan intuitif. Serta kemampuan menampilkan website lebih cepat.

- Kemudahan penggunaan Gallery juga dipertingkatkan

- Ovi Maps dihadirkan versi terbaru iaitu v3.6. Kemampuannya juga dipertingkatkan. Terutama dalam pencarian (Search) yang lebih pintar.

-Peningkatan pada Ovi Store. Terutama dalam Search, sehingga lebih mudah dan cepat mencari aplikasi.

-Sosial Networking juga disempurnakan. Dapat melihat update status langsung di Contact/Phonebook, melakukan retweet dan melihat Follower di Twitter, mengupload gambar/foto dengan ukuran resolusi lebih besar dan menambahkan caption pada gambar.

- Peningkatan fungsi Office. Termasuk peningkatan pada Microsoft Exchange, di mana enkripsi data akan ditingkatkan kemampuannya.

- Setiap Handphone yang menggunakan Symbian Anna juga akan diinstall dengan Microsott Communicator Mobile, iaitu untuk chatting dengan rakan-rakan di dalam jaringan intranet yang sama.

- Symbian Anna juga membawa upgrade untuk pembuat aplikasi. Di mana dengan menghadirkan API (code program) yang baru yang membuat pembuat aplikasi lebih mudah membuat aplikasi untuk Symbian Anna.

Jadi kini setiap handphone layar sentuh Nokia terbaru, akan menggunakan Symbian Anna. Namun untuk handphone layar sentuh Nokia sebelumnya (OS Symbian^3) akan disediakan versi upgrade ke Symbian Anna. Antara Model Nokia yang sudah menggunakan Symbian Anna iaitu Nokia E6 dan Nokia X7.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Google: Kelebihan Symbian Anna, kebaikkan Symbian Anna, cara upgrade Symbian Anna, download Symbian Anna, kelemahan Symbian Anna, nokia Symbian Anna, nokia versi os Symbian Anna, latest Symbian Anna, cara download Symbian Anna, cara guna Symbian Anna, how to upgrade Symbian Anna

Tuesday, August 23, 2011

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tol Cheras-Kajang Mansuh?

Bestnya kalo tol Cheras-Kajang dimansuhkan. PM dah minta Menteri Kerja Raya kaji semula tol ni.. Kat situ ada 2 tol. Kemungkinan salah satu tol akan dimansuhkan... Yehoooo semoga berjaya dimansuhkan. Kuranglaa sikit duit tol nak balik rumah..



HULU LANGAT: Keluh kesah penduduk di sini dan sekitarnya dibebani dua tol di jajaran Lebuhraya Cheras-Kajang kendalian syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kunjungannya ke kawasan kejiranan berkenaan semalam, Najib memberitahu akan mengarah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol itu berikutan membebankan penduduk.

Katanya, tuntutan itu walaupun disuarakan secara terbuka menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz, beliau tidak boleh membuat sebarang pengumuman terus tanpa melalui kajian menyeluruh.

“Sebabkan ini ada implikasi kewangan yang besar saya tidak boleh umum (buat keputusan terus)...kalau terus umum mungkin boleh dapat tepukan hebat (rakyat di sini) barangkali (boleh) runtuh khemah ini.

“Tapi sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya perlu mengkaji dulu perkara ini sedalamnya...tunggulah apabila masa sesuai nanti, akan kita umumkan.

“Apapun, saya akan arahkan Menteri Kerja Raya (Shaziman) kaji perkara ini dan bawa ke jemaah menteri untuk dikaji selanjutnya jika boleh kita tangani mengenai masalah tol,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor di Dataran Usahawan dan Masjid Hishamuddin Alam Shah Batu 14, di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Johan yang juga Ketua Umno Hulu Langat.

Johan ketika berucap menyuarakan beberapa permintaan penduduk yang mahu masalah kesesakan diatasi termasuk isu dua tol di kawasan berkenaan dalam jarak dua kilometer dengan kadar tol sekitar RM2.00.

Beliau juga meminta kerajaan mempertimbangkan menaik taraf Hospital Kajang berusia lebih 100 tahun yang tidak mampu lagi menampung kepadatan penduduk mencecah 1.2 juta orang.

Menjawab itu, Najib berkata, kerajaan akan sentiasa dan terus berusaha melakukan yang terbaik bagi memberi keselesaan serta kesenangan kepada rakyat keseluruhannya.


Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas selain penyampaian komputer riba 1Malaysia serta menyempurnakan pelancaran Dataran Usahawan.


Najib turut solat Isyak dan Tarawih di Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih, dekat sini.
Sumber - Metro


Tol Batu 11 Cheras-Kajang

Tol Batu 9 Cheras-Kajang



Lebuhraya Cheras-Kajang / Cheras-Kajang Expressway Details

Length: 11.5 kilometres (7.1 miles)
Direction: North-South
Start: Plaza Phoenix on Cheras Highway, Kuala Lumpur
Main destinations: Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Cheras, Kajang, Semenyih, Seremban
End: Saujana Impian Interchange, Kajang, Selangor
Road/Expressway joined: [1]Cheras Highway, [3211]Jalan Balakong, [1]Jalan Cheras-Kajang, [E18]Kajang Dispersal Link Expressway, Kajang Bypass
Number of lanes: 8 lanes
Interchanges: 9
Toll plazas: 2
R&R Rest and Service Area: 1

Contact Details

Grand Saga Sdn. Bhd. (Concession Company for Cheras-Kajang Highway)
Wisma Grand Saga,
KM 16, Lebuhraya Cheras-Kajang,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: +6(03)9086 5555 (Hunting Line)
Fax: +6(03)9086 5544
Email: info@grandsaga.com.my

Website: http://www.grandsaga.com.my/


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


Google: Tol Cheras-Kajang dimansuhkan, Tol Cheras-Kajang dikaji, pemansuhan Tol Cheras-Kajang, kerajaan timbang mansuh Tol Cheras-Kajang, kadar Tol Cheras-Kajang, Tol Cheras-Kajang ditutup, gambar Tol Cheras-Kajang, foto Tol Cheras-Kajang, kemalangan di Tol Cheras-Kajang, berita terkini Tol Cheras-Kajang

Blog Rank setelah Setahun 1 Bulan

Hampir setahun 1 bulan aku telah mengaktifkan diri aku untuk berblog. Bermacam-macam post telah aku masukkan. Semoga post2 aku ni memberi manfaat kepada para pembaca blog. Terima kasih kepada semua pembaca, penerjah, penyinggah, pengomen yang rajin melawat ke blog saya ni...

Akhirnya juga rank blog aku juga telah meningkat. Sekarang mengikut kiraan Alexa.com kedudukan blog aku berada pada bawah 1 juta... lebih kurang pada kedudukan 966,357. Kat Malaysia plak pada kedudukan 4725. Tapi tak pasti sama ada kedudukan ini akan terus meningkat atau pun sebaliknya. Kalo aku rajin berblog, mungkin takde masalah.. hehehe..



Tapi aku memang tak boleh lawan Mamat ni... dlm masa 3 bulan jek ranking blog dia mencanak-canak naik.. sekarang dah pada kedudukan 93,000.. cayalah Mamat.. korang tak percaya singgah laa sini http://www.ceritamamat.com/

Semoga aku terus mampu ber blog untuk memberi bahan bacaan dan gambar-gambar menarik untuk korang semua...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Alexa traffic, ranking alexa, alexa website, alexa tools, kedudukan blog, ranking blog, cara mengetahui kedudukan blog, cara mengetahui ranking blog, naikkan traffic blog, cara-cara naikkan traffic blog, naikkan trafik blog, petua naikkan trafik blog

Monday, August 22, 2011

Malam Lailatul-qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, Sebab turun surah al-Qadr, Doa khusus di Malam Lailatulqadar, Tanda Malam Lailatulqadar, malam Lailatul-Qadar

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, August 21, 2011

Fun Fair Kampung

Beginilah rupa Fun Fair yang selalu berada di kampung aku di Bahau Negeri Sembilan. Fun Fair sebegini memang selalu menjadi tumpuan.

Fun Fair

Kat Fun Fair ni macam-macam permainan ada, tapi bukan itu sahaja tikam menikam pun ada kat situ.. dah hadiahnya pun macam-macam la boleh dapat air tin/kotak, anak patung, kereta control, dan macam2 laa.. Budak2 memang suka pergi Fun Fair ni.. So layankn jela diorg ni. Bapak aku pulak rajin bawak cucu-cucunya ke fun fair ni... Tu aku tumpang ikut je, satu family aa pergi.. hehe... Tapi aku tak pasti dari segi keselamatan fun fair macam ni.. Pasal tu aku tak berani naik mana yang tinggi2 tu.. hehe... Bulan puasa ni fun fair tutup. Aku rasa lepas raya ni mesti fun fair tu datang balik.. yela time tu budak2 byk dapat duit raya :)

Fun Fair

Yang kelakar pada masa tu aku teringin nak masuk rumah hantu. Yela lama dah tak masuk rumah hantu ni.. kot2 ada perubahan ke, hantu lagi ganas ke.. Sekali masuk menghampakan, hantu macam tak siap, buang karen tul.. haha.. anak aku tak takut langsung... dah laa mahal, 1 token 2 ringgit.. Aku rasa itu la kali terakhir aku masuk rumah hantu tu...

DSC00956

DSC00952

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: fun fair 2011, fun fair terhebat, lokasi fun fair, map to fun fair, fun fair balakong, fun fair serdang, gambar fun fair, foto fun fair, pengalaman di fun fair, aksi menarik fun fair

Shopping Raya dengan Jaya Jusco Voucher

Raya Aidilfitri semakin dekat, tentu ramai umat Islam bersiap sedia untuk menyambutnya dengan membeli barang keperluan raya seperti kuih raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya.



Aku juga tidak terlepas untuk bershopping. Biasanya aku shopping kat tempat ada sale, diskaun baik punya terutama di Jaya Jusco. Kenapa Jaya Jusco? Bila aku shopping kat sana, aku boleh kumpul point dan tebus balik dalam bentuk Voucher. Alhamdulillah tahun ni aku dapat Gift Voucher dari Jaya Jusco sebanyak RM340. Banyak kan... dapat laa membantu membeli keperluan raya untuk anak-anak.


Untuk dapat point tu perlu ada JCard. Setiap kali bayar hulur la Jcard tu dan anda akan dpt point. Terima Kasih juga kepada Mak Mertua aku kerana setiap kali dia Shopping kat Jaya Jusco dia akan guna JCard aku... Setakat hari ni Voucher tertinggi pernah aku dapat adalah sebanyak RM800 lebih. Wow.... lagi banyak anda shopping, lagi banyak point, lagi tinggi Vouchernya.. So kepada yang takda JCard tu, sila laa ke Jaya Jusco yang terdekat untuk pendaftaran dan shopping kat sana bila ada sale je... hehe...


Ok, selamat berpuasa dan selamat menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri. Berbelanja laa secara berhemah semasa musim perayaan...

RM340.. Syoknya raya...

Ada Voucher Raya lagi tu..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


Google: Jaya Jusco Malaysia, lokasi Jaya Jusco, map Jaya Jusco, sales Jaya Jusco, mega sales Jaya Jusco, shopping raya di Jaya Jusco, J Card Jaya Jusco, Voucher Jaya Jusco, tebus Voucher Jaya Jusco

Saturday, August 20, 2011

Buka Puasa di KDE (Kelab Darul Ehsan)

Sebentar tadi aku baru sahaja berbuka puasa di KDE, Ampang di sponsor oleh syarikat tempat aku berkerja iaitu IBS Technology.

DSC03440

Aku sampai awal sana untuk elak jem. tapi semasa pergi ke KDE pun dah jem.. maknanya tak cukup awal lagi.. tapi aku tiba awal laa dalam 630ptg. So sebelum melangkah masuk, macam biasa aku dan family bergambar dulu di luar. Dah lama aku tak ambil gambar guna DSLR kesayangan ku... Masa pergi Umrah aku tak bawa DSLR, hanya pakai N8 saje..

KDE

So mcm biasa masuk waktu berbuka, terus laa minum dulu.. haus.. baru makan.. aku rasa buka puasa kali ni aku macam sikit je makan.. tak tau laa napa sikit. lauk rasanya macam ok laaa... aku banyak minum air sebenarnya.. Cuaca rasa panas hari ni... Kat sini aku letak beberapa keping gambar je.. yang selebihnya banyak tu aku letak dalam FB aku je la nanti.. tak silap aku harga buffet kat KDE ialah RM50

KDE

DSC03528

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Kelab Darul Ehsan ampang, buka puasa di Kelab Darul Ehsan, berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, promosi ramadhan Kelab Darul Ehsan, lokasi Kelab Darul Ehsan, map Kelab Darul Ehsan, buffet Kelab Darul Ehsan, diskaun Kelab Darul Ehsan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...