Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, November 28, 2012

Nabil Ahmad Tinggalkan Suria FM



PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad mengambil keputusan untuk berundur sebagai penyampai radio Suria FM selepas kontraknya tamat pada bulan Disember ini.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan pada tahun hadapan.
"Menjadi penyampai radio bukannya satu kerja yang mudah. Walaupun kita dilihat ke udara selama empat jam, tapi banyak perkara yang perlu dibuat seperti merancang segmen sebelum ke udara.
"Keputusan ini perlu saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon dan mengacara," katanya.
Tambah Nabil, sepanjang setahun bersama stesen radio tersebut, dia gembira kerana impiannya untuk mencuba dalam bidang penyiaran radio tercapai walaupun pada jangka masa yang singkat.
Nabil juga berkata, pengundurannya tiada kena mengena dengan tawaran daripada pihak lain.
"Bayaran yang saya terima di Suria FM juga sama dengan apa yang terdapat di stesen lain jadi soal tawaran tiada kena mengena langsung.
"Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu dan tak boleh nak jadi penyampai radio dan berlakon sekaligus," tuturnya lagi.
Sementara itu, menurut Nabil, dia percaya pihak Suria FM akan dapat mencari penggantinya bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan.
Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang.
"Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok penyampai radio.
"Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran selepas tiga atau empat tahun akan datang, saya mungkin akan pertimbangkannya semula," ujar Nabil. Nabil menyertai Suria FM pada Januari lalu dan digandingkan bersama penyampai radio popular Halim Othman serta Kencana Devi mengendalikan segmen Breakfast@Suria.
Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio The Star, Kudsia Kahar mengesahkan keputusan Nabil untuk tidak menyambung kontraknya semula.
"Kami dari Kumpulan Radio The Star ingin merakamkan ucapan terima kasih kami kepada Nabil dan juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
"Memang benar Nabil telah datang dan berbincang dengan saya tentang hasratnya untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.
"Sepanjang perkhidmatannya dengan Suria fm, Nabil tidak pernah memberi masalah dan sentiasa berterus terang serta tidak pernah menyentuh pun soal bayaran dan juga soal-soal yang berkaitan dengan wang.
"Beliau masih muda dan ingin mencuba bakatnya dalam cabang seni yang lain jadi kami memahami perasaannya," ujar Kudsia.
Dalam pada itu kata Kudsia, Suria fm masih berminat untuk terus mengadakan kerjasama dengan Nabil dan ini mungkin dapat diteruskan dalam rancangan yang dirakamkan.
"Bagaimanapun perincian mengenai perkara itu masih belum ditentukan dan buat masa ini berilah ruang pada Nabil untuk menikmati saat-saat manisnya sebagai bapa," jelas Kudsia lagi.
Nabil baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata minggu lalu.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Malaysia belasah Laos 4-1

Malaysia menewaskan Laos dengan 4-1 untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir dalam perlawanan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sebentar tadi.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Saturday, November 24, 2012

Mark Hughes QPR dipecat



Queens Park Rangers (QPR) memecat pengurus pasukan Mark Hughes, hari ini dan berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Harry Redknapp bagi mengendalikan skuad tercorot Liga Perdana Inggeris itu.

Hughes menjadi pengurus kedua Liga Perdana dipecat dalam minggu ini iaitu selepas pengurus Chelsea Roberto Di Matteo yang turut mengalami nasib yang sama, Rabu lalu.

Di bawah kendalian Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 permainan dan hanya mengutip empat mata.

"Mark menunjukkan integriti dan sikap profesional, tetapi lembaga pengarah tidak mempunyai banyak pilihan untuk melakukan perubahan demi kelab ini," kata QPR dalam kenyataan di sini hari ini. - AGENSI

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Thursday, November 22, 2012

Perak nak beli John Carew



PERAK melakukan kejutan apabila mahu menggunakan khidmat penyerang penyerang West Ham United, John Carew yang sedang beraksi dalam Liga Perdana England untuk saingan Liga Super musim 2013, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, perbincangan secara serius sedang dijalankan dengan ejen penyerang West Ham United itu.
Beliau berharap perbincangan antara Perak dengan ejen itu akan membuahkan hasil yang menggembirakan skuad Seladang.
"Kami masih meneruskan perbincangan mengenai terma-terma tertentu termasuk pembayaran gaji dan sebagainya," jelas Azwan pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di Ipoh petang semalam.
Ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah; penolong pengurus, Isham Sharuddin dan setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamluddin turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
John Carew merupakan penyerang utama Norway dan pernah beraksi dalam 91 perlawanan antarabangsa dengan menjaringkan 24 gol sejak tahun 1998.
Selain West Ham United, Carew pernah bermain dengan Stoke City, Aston Villa, Lyon (Perancis), Besiktas dan Roma (Itali).
Selain Carew, Azwan berkata, Perak turut mengintai beberapa pemain ternama dari Rusia, Brazil, Oman dan Liberia.
"Perak akan memuktamadkan pengambilan dua pemainnya selewat-lewat 3 Disember depan untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," jelasnya.
Perak sedang mengejar masa bagi mendapatkan dua pemain import untuk menggantikan Michal Kubala dan Albert Bodjongo.
Skuad Seladang juga akan mendaftar seramai 22 orang pemain tempatan pada 30 November ini


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Khairul Fahmi Kahwin 28 Disember



Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember nanti.
Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
Khairul Fahmi berkata, walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namun ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.
"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.
"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey,” katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.— BERNAMA


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, November 21, 2012

Punca Utama Malaysia seri Dengan Bangladesh

Ooo yeke... Ini ke punca Malaysia seri dengan Bangladesh.. cer tengok.. memang lawak.. hehe
Bangladesh cuti umum lagi tu.. haha



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Betty Banafe kahwini Dargus



Pelakon dan penyanyi Betty Banafe yang sebelum ini berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan niat berkahwin dengan tunangnya, Bruce Dargus akhirnya mengambil keputusan untuk bernikah pada 12 Disember ini.
"Ya, saya akan teruskan rancangan pernikahan kami," ujarnya.
Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe, 33, dalam kenyataan di sebuah akhbar kelmarin mengakui dia keliru untuk meneruskan perkahwinannya itu memandangkan terlalu banyak masalah yang timbul dalam hubungan mereka sehingga dia berasa tertekan.
Bagaimanapun, Betty kini nekad untuk meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacukan Inggeris-Lebanon itu.
"Memang saya dan tunang (Dargus) ada perselisihan faham sebelum ini tetapi ia lebih kepada masalah perbezaan budaya.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Calon UPSR melarikan diri setelah nama tercicir



Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.
Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.
Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.
Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, November 20, 2012

Hebatnya Farid Kamil, Diana Danielle sah mengandung



Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil mendapat berita gembira apabila isterinya yang merupakan pelakon popular Diana Danielle disahkan hamil selepas 2 minggu berkahwin.
Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.
"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.
Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.
Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.




Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Malaysia kena ikat 1-1 dengan Bangladesh



Skuad Harimau Malaya menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului 1-0 menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut.

Bagaimanapun pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Monday, November 19, 2012

Linda Hashim Bertunang Dengan Beego



Aktres Linda Hashim mengesahkan desas-desas yang mendakwa dia sudah mengikat tali pertunangan dengan aktor Beego pada 3 November lalu.
Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghormati permintaan keluarganya.
"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
"Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini," 
Desas-desus pertunangan dua pelakon itu dipaparkan pada sebuah akhbar mingguan pada Ahad.
Menurut laporan tersebut, pada majlis pertunangan tertutup itu Beego memberikan sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran.
Difahamkan juga, Linda bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinan yang didakwa bakal berlangsung pada Mac 2013.
Beego
Ditanya mengenai perancangan berkahwin, pelakon filem Tanda Putera itu berkata, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersepakat untuk menyatukan mereka pada pertengahan 2013.
"InsyaAllah, jika tiada aral kami rancang untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun depan. Kami belum putuskan tarikh tertentu lagi," katanya.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, menemui kegagalan apabila aktor itu bertindak mematikan telefon bimbitnya.
Difahamkan, Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun lalu.
Sebelum ini, aktor filem Libas itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007.
Namun, perkahwinan yang diraikan dalam majlis gilang-gemilang itu hanya bertahan selama 10 hari.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Saturday, November 17, 2012

MRT Sungai Buloh-Kajang giat dibina



Kerja-kerja pembinaan landasan dan stesen untuk projek My Rapid Transit (MRT) melibatkan laluan dari Taman Mesra hingga Stesen Kajang sepanjang 9.4 kilometer (km) bernilai RM951 juta telah mula dilaksanakan sejak awal bulan ini.
Pembinaan untuk Pakej Jejambat V8 merupakan bahagian yang terakhir daripada lapan pakej bagi keseluruhan projek MRT bagi laluan Sungai Buloh ke Kajang yang melibatkan laluan sejauh 41.5km dan 24 buah stesen.
Pengarah Urusan UEM Builders Berhad, Mohd. Razin (gambar) Ghazali berkata, dengan bermulanya pembinaan untuk pakej yang terakhir itu bermakna, pembinaan untuk semua pakej bagi projek tersebut kini sedang rancak dijalankan dengan pembinaan untuk pakej yang pertama bermula pada Mac 2012.
“Kita yakin projek ini mampu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Disember 2016,” katanya pada majlis penerangan kepada media mengenai kemajuan projek tersebut di sini semalam.
Jelas beliau, pihaknya akan mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan gangguan kepada orang ramai ketika projek itu dilaksanakan.
Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp., Amir Mahmood Razak memberitahu, pihaknya sudah bertemu dengan penduduk yang tinggal di sepanjang laluan tersebut untuk menyelesaikan beberapa isu penting seperti keadaan trafik dan saliran air.
“Kami sudah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Perbandaran Kajang untuk perancangan mengelak berlakunya banjir serta masalah-masalah lain,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhadapan dengan sebarang masalah boleh menghubungi talian 24 jam MRT Hotline di 1-800-82-6868.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Friday, November 16, 2012

Gerhana matahari penuh



Puluhan ribu orang berhimpun di utara Australia untuk memerhatikan fenomena gerhana matahari penuh semalam.
Mereka menyaksikan bulan melintasi matahari sekali gus menyebabkan suasana gelap berlaku di sekitar wilayah Queensland.
Bulan perlahan-lahan bergerak melindungi matahari yang menyebabkan terbentuknya fenomena lingkaran cincin.
Perjalanan gerhana matahari itu berlaku pada waktu yang singkat selepas waktu subuh.
Gerhana itu juga boleh disaksikan di Taman Negara Garig Gunak Barlu, Wilayah Utara yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur Darwin.
Secara keseluruhan gerhana itu berlaku selama dua minit bermula pukul 6.38 pagi waktu tempatan semalam.
Kebanyakan mereka yang menyaksikan gerhana itu memakai cermin mata khas bagi melindungi mata mereka.
"Wow, serangga dan burung tidak berbunyi," kata seorang pelancong yang menyaksikan gerhana itu, Geoff Scott di laman Twitter.
Seorang lagi pelancong, Stuart Clark turut membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan gerhana itu amat cantik.
Para saintis kini mengkaji kesan gerhana itu terhadap kehidupan marin di Terumbu Karang Besar dan burung-burung di hutan Queensland.
Sejumlah pelancong dan saintis menyaksikan fenomena tersebut yang berlaku buat kali pertama dalam tempoh 1,300 tahun di utara negara ini.
Seramai 50,000 hingga 60,000 orang sanggup datang ke utara negara ini untuk menyaksikan fenomena itu.
Sebanyak tiga penerbangan ditempah khas bagi membawa 1,200 saintis dari Jepun ke wilayah tersebut.
Kali terakhir gerhana penuh itu berlaku ialah 11 Julai 2010 di kawasan Pasifik Selatan.
Gerhana penuh akan berlaku pada 20 Mac 2015 di Iceland, Kepulauan Faroe dan Kepulauan Svalbard di Norway.
Bagi kalangan penduduk asli Australia, bulan itu kerap dianggap sebagai lelaki manakala matahari mewakili perempuan.
"Sebahagian (penduduk asli Australia) percaya, matahari bercinta dengan lelaki tetapi ia (matahari) tidak dapat membalas perasaan cinta menyebabkan matahari mengejar bulan di langit," kata seorang pakar astronomi penduduk asli Australia, Duane Hamacher. - Agensi


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Doktor caj pesakit RM15.20



Seorang doktor perubatan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.20) untuk setiap pesakit yang mahu memeriksa kesihatan mereka di kliniknya di sini.
Dr. Russell Dohner yang berusia 87 tahun itu sebelum ini mengenakan bayaran hanya AS$2 (RM6.12) di kliniknya pada tahun 1955.
"Saya hanya mahu menjadi seorang doktor yang membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan," katanya.
"Saya tidak pernah berhasrat untuk memperoleh banyak wang," tambahnya.
Setiausaha doktor itu, Edith Moore mengutip bayaran pendaftaran itu.
Dohner memberitahunya supaya tidak mengambil bayaran tersebut terhadap beberapa pesakit.
Bagaimanapun, beberapa pesakit membuat bantahan kerana doktor tersebut enggan menerima sebarang bayaran.
"Saya akan membayar anda AS$20 (RM61.25) pada masa depan," kata salah seorang pesakit. - Agensi


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Psy malukan Byung Heon



BARU-BARU ini menerusi laman web, ada yang memuatnaik foto yang diberi judul Lee Byung Heong dan Psy di London.
Dalam foto tersebut, aktor terkenal Korea, Lee Byung Heon dan penyanyi yang terkenal dengan tarian Gangnam Style, Psy telah bertemu untuk makan bersama di sebuah restoran di sana ketika tinggal di sana atas urusan kerja masing-masing.
Bagaimanapun, semasa foto mereka dirakam, hanya Psy yang menjadi tumpuan sementara kelibat aktor tersebut hanya kelihatan seperti pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat tersebut.
Walaupun pada hakikatnya, Byung Heon lebih popular di Korea, namun melalui foto tersebut, ia membuatkan penonton yang melihatnya tersenyum dan memberi beberapa komen sinis.
Antara beberapa komen sinis yang ditulis ialah seperti 'Saya seperti tidak percaya Lee Byung Heon dimalukan Psy sehingga begitu sekali.'; 'Populariti Psy tidak akan hilang; 'Tidak tahu pula Lee Byung Heon merupakan sahabat baik Psy'; dan 'London juga sangat tergilakan Gangnam Style'.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Mat Yo ke Johor



Kemelut penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo berakhir selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju melepaskannya untuk menyertai Johor.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui akuan facebook miliknya semalam berkata, KAFA melepaskan Norshahrul ke Johor menerusi perpindahan biasa, yang mengikut terma tertentu seperti mana yang telah disampaikan kepada pengurusan pasukan berkenaan semalam.

Menurutnya, Johor diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tawaran yang dikemukakan oleh KAFA.
"Memang menjadi hasrat KAFA untuk menyempurnakan semua urusan berkaitan Norshahrul sebelum bermulanya Kejohanan Piala Suzuki AFF pada 25 November ini.

"KAFA mahu Norshahrul memberikan yang terbaik untuk Malaysia mempertahankan kejuaraan," katanya.
Menurut Annuar, Norshahrul masih mempunyai kontrak selama 13 bulan dengan KAFA.

Katanya, tawaran yang dibuat oleh Johor sebenarnya jauh lebih rendah daripada nilai sebenar Norshahrul, yang dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 baru-baru ini.

Dengan kehadiran Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan, ia mampu melengkapkan skuad impian dalam usaha Johor mencabar saingan Liga Malaysia.

Johor berjaya mendapatkan tiga tonggak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengikat Penjaring Terbanyak La Liga musim 2007/2008, Daniel Gonzales Guiza.

Skuad Harimau Selatan juga berjaya membawa masuk kapten kebangsaan, Mohd. Shafiq Rahim dari Selangor bagi memperkuatkan lagi pasukan.

Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan pelantikan semula Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih Kelantan untuk musim depan.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Harimau Malaya Sekadar Seri Sahaja



Hanya 10 hari lagi menjelang Piala Suzuki AFF, prestasi Harimau Malaya terus mencetuskan kebimbangan apabila hanya mampu sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Duka kekalahan kepada Vietnam dan Thailand sebelum ini nampaknya belum cukup menyedarkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal, sebaliknya terus terkial-kial untuk mencari rentak menyakinkan yang begitu ketara dalam aksi malam tadi.

Lebih kecewa Harimau Malaya mempersia-siakan peluang untuk memenangi perlawanan di hadapan 5,000 penonton walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Lee Chi Ho mendapat kad merah lapan minit sebelum permainan tamat, apabila Hong Kong mencuri gol penyamaan pada minit ke-88 melalui Lam Hok Hei.

Jaringan penyamaan Hong Kong gara-gara kesilapan Mohd. Aidil Zafuan yang menyepak lemah kepada Khairul Fahmi Che Mat lalu disambar Hok Hei, yang bersahaja membawa bola ke dalam pintu gol bagi perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Sebelum itu, Safee Sali meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-58 apabila memanfaatkan hantaran silang Amar Rohidan dengan menanduk kemas ke arah penjuru kanan pintu gol Hong Kong.

Corak hantaran Harimau Malaya ternyata tidak tersusun di samping kegagalan bahagian tengah yang dikemudi Safiq Rahim dan Amar mengawal permainan sehingga membuka ruang kepada Hong Kong mengatur beberapa percubaan berbahaya.

Hanya persembahan Safee dan Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kegembiraan kepada penyokong apabila beberapa kali melancarkan percubaan yang hampir menemui sasaran.

Sepakan gunting menarik Safee yang menerima umpanan Norshahrul pada minit ke-16 sedikit tersasar sebelum penyerang Pelita Jaya itu melepaskan sekali lagi peluang keemasan 15 minit kemudian apabila rembatan leret pemain itu dari sebelah kiri mudah ditangkap Yapp Hung Fai.

Sementara itu, Rajagobal ternyata kecewa dengan keputusan semalam ketika hasratnya mahu mencari kemenangan semangat menjelang Piala Suzuki AFF, hampir bertukar menjadi bencana.

“Saya amat kecewa dengan keputusan ini. Selepas Safee menjaringkan gol, kita sepatutnya meningkatkan permainan.

“Namun kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi menyebabkan keadaan menjadi sukar meraih kemenangan.
“Saya juga kecewa kerana beberapa pemain beraksi di bawah tahap sebenar mereka. Namun Hong Kong beraksi dengan corak permainan yang berbeza berbanding perlawanan sebelum ini," katanya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Thursday, November 8, 2012

Harimau Malaya Kalah Lagi



Kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF bulan ini kian diragui apabila ditundukkan Thailand 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Bangkok, semalam iaitu kekalahan kedua dalam tempoh empat hari.

Sesudah tersungkur 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu, apa lagi alasan Datuk K. Rajagobal kali ini selepas kecundang pula dengan jaringan tuan rumah menerusi Prayat Bunya dan Arthit Suthornphit pada minit ke-26 dan ke-81 di Stadium Muang Thong.

Prayat menanduk jaringan sulung Thailand ketika penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias cuba meluru untuk menangkap umpanan bola sepakan sudut dari sebelah kanan manakala Arthit meledakkan gol dengan rembatan kaki kiri dari jarak lebih 30 meter.

Kedua-dua pasukan turut terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain tuan rumah, Adul Lahsoh dan bek tengah pelawat, Aidil Zafuan Radzak mendapat kad kuning kedua dan dibuang padang dalam babak kedua.

Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang terdiri daripada Farizal, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Shakir Shaari, Gary Steven Robbat, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safee Sali selaku ketua pasukan.

Enam pertukaran pemain turut dilakukan Rajagobal dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani, Zaquan Adha Radzak, Khyril Muhymeen Zambri, R. Gopinathan, Baddrol Bakhtiar dan Mahalli Jasuli tetapi masih gagal mengubah nasib pasukannya.

Tiga percubaan terbaik Malaysia menerusi rembatan jauh Shakir dan Baddrol serta tandukan jarak dekat Ahmad Fakri yang mendapat umpanan lintang Gopinathan pada minit ke-70, 74 dan 90 pula sempat dinafikan oleh penjaga gol Thailand.

Sementara itu, kekalahan 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, menyebabkan kedudukan skuad bola sepak negara dalam ranking FIFA jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-163 dalam senarai terbaru yang dikeluarkan semalam.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~




Wednesday, November 7, 2012

Nokia 1100 handphone paling laris


Lambakan telefon pintar kini semakin menguasai pasaran dan rata-rata pengguna kini boleh berbangga dengan telefon pintar mereka kerana fungsinya yang menyenangkan dan mampu menyelesaikan pelbagai perkara.

Namun sering kali mereka terlupa sebelum kemunculan telefon pintar, tablet dan Android, terdapat beberapa telefon yang terlebih dulu pernah menjadi kegilaan semua. 


Banyak mengatakan iPhone perintis kepada telefon pintar dengan skrin sentuh. Tetapi adakah anda tahu sebelum kemunculan iPhone, terdapat telefon yang menjadi perintis kepada telefon skrin sesentuh, iaitu IBM Simon. 

Ia adalah telefon pintar pertama dunia menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. IBM Simon pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992. 


IBM Simon ini memiliki kemampuan sebuah telefon, PDA, pager serta mesin faksimili. Juga terdapat aplikasi sederhana, seperti mesin kira, kalendar, buku telefon dan alamat serta jam dunia. 

Ia mempunyai skrin yang boleh dikendalikan menggunakan tangan atau pen khas. Memanglah dari segi rekaannya tidak setanding telefon pintar skrin sentuh sekarang namun ia masih lagi menjadi kebanggaan kerana dihasilkan pada tahun 90an ketika ramai warga Malaysia masih tertanya-tanya apakah itu telefon bimbit. 

Penghujung tahun 90an dan awal tahun 2000, Nokia mengungguli pasaran telefon bimbit dunia dan menjadi jenama telefon yang wajib dimiliki. Tidak hairanlah Nokia 1100 menjadi telefon bimbit paling laris di dunia dan masih mengungguli carta jualan tertinggi telefon bimbit. 

Jika iPhone 4S terjual 70 juta unit dan Samsung Galaxy S III sekitar 40 juta unit ketika ini, Nokia 1100 terjual 250 juta unit seluruh dunia. 


Apa yang membuat telefon sederhana ini begitu laris? Terdapat beberapa fakta menarik perihal Nokia 1100. Ia dikatakan menjadi telefon paling dicari di Jerman sehingga kini. Bahkan, disebabkan ramai mencarinya menyebabkan harga pasaran telefon ini semakin meningkat. 


Ia juga mempunyai fungsi unik seperti lampu suluh di bahagian atas telefon. 

Walaupun tidak terang namun masih berguna ketika kecemasan. Malah menurut beberapa kaji selidik, fungsi ini sangat disukai pemiliknya. 

Nokia juga berhasil menjual telefonnya yang ke 1 bilion unit pada tahun 2005 di Nigeria dan telefon itu adalah Nokia 1100. 

Nokia 1100 memerlukan tempoh enam tahun untuk memperoleh penjualan sebesar 250 juta unit, iaitu antara tahun 2003 hingga tahun 2009. Jadi, setiap tahun Nokia 1100 rata-rata terjual sebanyak lebih dari 40 juta unit


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tablet Windows 8 terbaru


Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160. 

Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider. 


Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul. 


Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran. 

Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail. 

Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini





~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Johor makin kuat ikat Guiza



Pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan Johor semalam.

Majlis menandatangani kontrak itu berlangsung secara tertutup di Hotel Thistle, di sini pukul 1 tengah hari dan disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pengurus pasukan, Fandi Ahmad.

Bagaimanapun, nilai sebenar kontrak dan gaji yang diterima Guiza dirahsiakan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, pemain yang dipinjamkan dari pasukan Getafe berusia 32 tahun itu dijangka menyertai sesi latihan bersama skuad Johor selepas sambutan Krismas.

"Berdasarkan syarat yang ada di dalam kontrak, Guiza sepatutnya memulakan latihan pada 1 Disember ini, tetapi Tunku Ismail memberikan pelepasan kepadanya untuk pulang ke Sepanyol bagi sambutan Krismas," katanya ketika dihubungi di sini.

Penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca tiba di sini kelmarin dengan azam memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super musim depan.

Guiza turut melaungkan amaran untuk muncul penjaring terbanyak bagi memburu Kasut Emas serta menjaga statusnya sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.

Selain Mallorca dan Getafe, pemain tinggi lampai itu juga pernah menyarung jersi kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab tersebut.

Johor yang memasang impian tinggi bagi mengembalikan kegemilangan pasukan negeri seperti era tahun 90-an turut menandatangani beberapa pemain terkenal tempatan termasuk pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak.

Turut disambar adalah kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, Azmi Muslim, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Nurul Azwan Roya bagi membentuk pasukan mantap musim depan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Nenek ambil SPM


Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Hasanah Abdullah, 55, mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak di sini.

Hasanah yang mengambil aliran subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab kelihatan sebak dan gembira kerana penantian selama 38 tahun untuk menjadi calon SPM akhirnya berjaya.

Ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu itu berkata, peristiwa kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan kekangan kewangan memaksanya membatalkan hasrat untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun.

Katanya, setelah ibunya meninggal dunia, dia terpaksa mengambil alih tugas arwah ibu untuk menjaga enam adiknya yang ketika itu masih kecil.

“Selepas ibu meninggal dunia, setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin kepada bapa agar dia membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM.

“Pada waktu itu, saya hanya memendam keinginan untuk mengambil SPM dan lulus cemerlang bagi mengejar cita-cita masuk ke universiti," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Hasanah adalah tenaga pengajar di KAFA Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani dan merupakan salah seorang daripada 70 calon SPM yang bertugas sebagai guru KAFA dan belajar di Sekolah Menengah (SM) Langkasuka.

Tambah Hasanah, biarpun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat, ia bukanlah penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademiknya.

Seorang lagi calon, Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, yang merupakan guru KAFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani berkata, dia tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu.

Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuk dia berjaya dalam SPM.

“Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM,’’ jelasnya.

Pemangku Pengetua SM Langkasuka, K.S Maniam berkata, tahun ini terdapat seramai 147 calon SPM termasuk 70 guru KAFA yang berusia lingkungan 30 tahun hingga 55 tahun dan enam jururawat di sekolah itu.

Katanya, calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat berkata, pada tahun ini jumlah calon SPM meningkat kepada 38,171 orang berbanding tahun lalu 36,688 orang.

Katanya, jumlah tersebut termasuk sekolah kerajaan, swasta, sekolah agama rakyat dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Jumlah pusat peperiksaan yang dibuka pada tahun ini adalah sebanyak 275 buah dan membabitkan 1,738 pengawas peperiksaan," katanya.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...