Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Piala Thomas: Malaysia Kalahkan Afrika Selatan 5-0


Malaysia meniti laluan mudah untuk menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan perseorangan pertama republik itu Jacob Malieka 21-13, 21-10.

Beliau berkata meskipun menentang pasukan bukan pilihan, perlawanan pertama itu penting bagi para pemain negara mendapatkan suasana kejohanan.

"Perlawanan pertama ini juga untuk kami mengetahui keadaan sebenar stadium seperti kondisi pendingin hawa dan angin.

"Ini penting sebagai persediaan kerana esok kami akan menghadapi perlawanan yang sukar iaitu bertemu pasukan Denmark," katanya kepada wartawan Malaysia.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren juga tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan Willem Viljoen 21-11, 21-9 manakala perseorangan ketiga Muhammad Hafiz Hashim pantas mengenepikan cabaran Prakash Vijayanath 21-10, 21-8.

Beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula menumpaskan beregu Afrika Selatan Dorian Lance James 21-8, 21-12 manakala Goh Wei Shem/Lim Khim Wah mengalahkan Prakash Vijayanath/Jacob Malieka 21-11, 21-14. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...