Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, November 20, 2020

Rossi tinggalkan Yamaha MotoGP




Portimao: Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi berkata, ia pasti menjadi detik istimewa apabila dia bakal mengucapkan selamat tinggal selepas 15 tahun bersama pasukan pengeluar Yamaha MotoGP menjelang pusingan terakhir, Ahad ini.

Joan Mir sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia namun perebutan bagi tempat kedua dan juara kategori pengeluar akan diketahui di Portimao.

Rossi yang memenangi tujuh kejuaraan dunia di kelas MotoGP, adalah antara pelumba yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pengeluar bersama-sama Andrea Dovizioso dan Cal Crutchlow yang hanya akan menjadi pelumba ujian untuk Yamaha tahun depan.

Rossi akan menyertai pasukan satelit Petronas Yamaha sekali gus menyaksikan pasukan pengeluar Yamaha MotoGP dibarisi oleh Fabio Quartararo dan Maverick Vinales pada musim depan.

"Ahad ini pasti sangat istimewa kerana kami melalui tempoh yang panjang bersama," kata Rossi yang dua kali menyertai pasukan pengeluar Yamaha.

"Sejarah kami terbahagi kepada dua bahagian. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Yamaha kerana memberikan peluang lagi selepas dua tahun di Ducati.

"Bahagian kedua amat panjang. Kami bersama-sama memenangi kejuaraan dunia tetapi apapun ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Sudah pasti saya akan merindui pasukan ini."

Mir berjaya memenangi Grand Prix Eropah, satu-satunya kemenangannya pada musim ini dan dia mahu meraih kemenangan lagi di Portimao.

Minggu lalu, Mir sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di Valencia namun sudah mencukupi untuknya mengesahkan kejuaraan dunia.

"Ia sesuatu yang saya idamkan sepanjang hidup, iaitu sejak usia 10 tahun lagi," katanya.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...