Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, November 4, 2020

Seremban kena PKPB dari 5 November hingga 18 November 2020

Pusat Bandar Seremban. FOTO arkib NSTP

Daerah Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 November hingga 18 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu dikenakan selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes positif Covid-19 di daerah itu.

Menurutnya, pelaksanaan PKPB itu akan meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

"Prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini di tempat perintah sama dikenakan.


"Antara SOP, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis.


"Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan, katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-231 dan hari ke-147 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Mengulas lanjut SOP PKPB itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.


Menurutnya, selain itu individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.


"Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.


"Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.


"Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan," katanya.


Namun, katanya, semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.


Menurutnya, sebagai contoh restoran dan kedai makan dihadkan kepada dua hingga empat pelanggan semeja dengan SOP premis makanan ditetapkan.


Pembelian makanan juga digalakkan dibawa pulang, dinatar atau secara pandu lalu.


Sementara itu, pasar harian dibuka 6 pagi hingga 2 petang, pasar borong (4 pagi – 2 petang), pasar tani (6 pagi – 12 tengah hari) dan pasar malam bermula 4 petang sehingga 10 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan pengawasan anggota Rela, katanya.


Ismail Sabri berkata, operasi stesen minyak bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.


Beliau berkata, kenderaan membawa pekerja boleh beroperasi seperti ditetapkan sebelum ini.


"Waktu operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi sehingga 11 malam.


"Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN.


"Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana sudah diumumkan sebelum ini," katanya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...