Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, April 2, 2012

Malaysia Kalah Piala Axiata


Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan lumayan Piala Axiata selepas kedua-dua pasukannya, Tiger dan Leopard disingkirkan Indonesia pada separuh akhir kedua, semalam.

Jelas sekali kemenangan bukan objektif utama kita pada kejohanan bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) ini apabila Malaysia Tiger menurunkan skuad kedua menentang Indonesia Garuda di Stadium Badminton Cheras ketika tunduk 0-3 dan tersingkir dengan agregat 1-5.

Di Jakarta, Malaysia Leopard seperti diduga tumpas 3-0 kepada Indonesia Rajawali dan tersingkir dengan agregat 0-6, namun ada peningkatan dipamer skuad remaja berbanding ketika tumpas 0-3 kepada pasukan yang sama di separuh akhir pertama, kelmarin.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...