Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, April 11, 2012

Aaron Aziz Dapat Taraf Penduduk Tetap


Permohonan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia akhirnya diluluskan oleh pihak kerajaan.

Aaron yang diwawancarakan dalam Berita TV9 berkata, dia menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan akan mengambil kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat ini.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas, enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, pelakon filem Ombak Rindu itu pernah meluahkan hasratnya untuk mendapatkan penduduk tetap (PR) di Malaysia selepas mendapati rezeki kerjayanya lebih banyak dilakukan di negara ini.

Sementara itu, kemenangan Aaron yang baru sahaja menerima Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) pada Ahad lalu, telah dipersoalkan tentang kemenangannya oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Zed mempersoalkan kemenangan Aaron menerusi entri Twitter miliknya pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa apabila seorang warga negara Singapura yang mendapat anugerah tersebut.

Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Pada ABPBH 2011, Aaron turut menerima Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...