Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, October 11, 2012

Mark Hughes di mungkin dipecat



Lembaga Pengarah Queens Park Rangers akan memutuskan sama ada akan memecat Mark Hughes dan digantikan dengan Harry Redknapp minggu ini.

Skuad The Hoops kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris tanpa menunjukkan sebarang tanda mereka mampu menyelesaikan krisis semasa.

Bekas bos Tottenham, Redknapp, 65, dianggap calon terbaik berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya, malahan boleh dilantik terus tanpa perlu membayar sebarang pampasan.

Tekanan kian dirasai Hughes, yang belum menghasilkan keputusan memberangsangkan meskipun diperuntukkan 50 juta pound (RM246 juta) oleh pemilik, Tan Sri Tony Fernandes bagi memantapkan skuad yang terselamat daripada penyingkiran musim lalu.

Dengan saingan Liga Perdana berhenti rehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada jadual perlawanan antarabangsa, inilah masa terbaik untuk Rangers membuat perubahan yang dirasakan perlu.

Sebelum ini, Tony berulang kali menyokong Hughes, dengan alasan dia mahukan kestabilan di kelab.

Namun, itu tidak bermakna jawatan Sparky selamat dengan mengambil kira nasib pengurus dahulu, Neil Warnock, yang dipecat meskipun berjasa membimbing pasukan kembali ke liga utama selepas 15 tahun. - AGENSI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tiket final Piala Malaysia RM40



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam 20 Oktober ini pada harga RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menerusi satu kenyataan semalam, FAM berkata, penentuan harga tiket tersebut dibuat pada Mesyuarat Exco FAM 4 Februari lalu.

Pasukan yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir bakal ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua yang melibatkan pertembungan di antara Kelantan dan Selangor Jumaat ini manakala ATM menentang LIONXII esok.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu, FAM menetapkan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk yang melibatkan antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun harga itu dianggap kurang munasabah oleh peminat bola sepak tempatan sebaliknya Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, harga tersebut sangat wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...