Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, October 11, 2012

Mark Hughes di mungkin dipecat



Lembaga Pengarah Queens Park Rangers akan memutuskan sama ada akan memecat Mark Hughes dan digantikan dengan Harry Redknapp minggu ini.

Skuad The Hoops kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris tanpa menunjukkan sebarang tanda mereka mampu menyelesaikan krisis semasa.

Bekas bos Tottenham, Redknapp, 65, dianggap calon terbaik berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya, malahan boleh dilantik terus tanpa perlu membayar sebarang pampasan.

Tekanan kian dirasai Hughes, yang belum menghasilkan keputusan memberangsangkan meskipun diperuntukkan 50 juta pound (RM246 juta) oleh pemilik, Tan Sri Tony Fernandes bagi memantapkan skuad yang terselamat daripada penyingkiran musim lalu.

Dengan saingan Liga Perdana berhenti rehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada jadual perlawanan antarabangsa, inilah masa terbaik untuk Rangers membuat perubahan yang dirasakan perlu.

Sebelum ini, Tony berulang kali menyokong Hughes, dengan alasan dia mahukan kestabilan di kelab.

Namun, itu tidak bermakna jawatan Sparky selamat dengan mengambil kira nasib pengurus dahulu, Neil Warnock, yang dipecat meskipun berjasa membimbing pasukan kembali ke liga utama selepas 15 tahun. - AGENSI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...