Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, December 3, 2011

Kajang Banjir Besar


Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa turut ditenggelami air.

Di sebuah kedai di pusat bandar Kajang, seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang terperangkap dalam banjir itu terpaksa diselamatkan dengan menggunakan tangga oleh orang ramai setelah dia terperangkap di atas bumbung sebuah kereta.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

"Sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Cheras bergegas ke lokasi kejadian. Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat ini.

"Pemantauan turut dijalankan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, hujan lebat mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

"Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira pukul 5.30 petang ini," katanya.

Mohamad Sani berkata, sehingga kini, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku namun kerugian yang dialami kebanyakan mangsa agak tinggi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, banjir yang berlaku hari ini adalah paling teruk dalam tempoh lima tahun lalu.

"Banyak kenderaan ditenggelami air setelah hujan yang begitu lebat turun di sekitar daerah ini. Polis kini meningkatkan kawalan bagi memastikan keselamatan di kawasan terlibat," katanya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, December 1, 2011

Allahyarham Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor melalui Anugerah Kesatria Terbilang sempena Persidangan Perwakilan pergerakan itu di sini hari ini.

Allahyarham yang terkorban sebagai wira ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lalu, adalah penerima kedua anugerah tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Anugerah disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sebelum bermulanya persidangan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Suasana hiba menyelubungi dewan ketika klip video mengenai Noramfaizul dimainkan sehingga meruntun perasaan para perwakilan manakala ibu bapa Allahyarham, Mohd. Nor Yassin, 66, dan Naemah Abdul Majid, 63, yang turut hadir, dilihat menutup muka tidak dapat menahan kesedihan.

Keadaan dewan senyap seketika apabila para perwakilan bertafakur dan membacakan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di negara bergolak itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood pula menerima Anugerah Khas Pemuda sebagai menghargai keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibawa arus deras sungai dalam satu insiden Jun lalu.

Sempena pemberian anugerah itu, Abdul Samad, 36, yang juga bapa kepada tiga anak, menerima penghormatan pemakaian tengkolok daripada Khairy sambil diberi sanjungan berdiri (standing ovation) oleh para perwakilan

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...