Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, September 18, 2011

Arsenal kalah lagi

Kali ini Arsenal kalah kepada Blackburn dengan kesudahan 4-3. Ini adalah kekalahan kali ke-3 Arsenal setakat ini. Kira besar juga jaringan kekalahan tu. Macam makin sengal je Arsenal ni. Tapi jangan sengal sampai abis season dah ler.. Yang menariknya 2 gol blackburn adalah hasil jaringan sendiri oleh pemain Arsenal.. Ape laa punya pertahanan Arsenal ni..


Arsenal meneruskan permulaan buruk apabila mencatatkan kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada pasukan tercorot, Blackburn 3-4 di Ewood Park, semalam.

Biarpun mendahului 2-1 pada babak pertama, pertahanan Arsenal bagaikan hilang punca pada babak kedua dengan dua jaringan sendiri Alex Song dan Laurent Koscielny.

Sebaliknya, pengurus Blackburn, Steve Kean lega dengan kemenangan pertama pasukannya.

Pada aksi semalam, Gunners mendahului menerusi sepakan cantik Gervinho yang memperdayakan Paul Robinson pada minit ke-10, selepas menerima umpanan daripada Song.

Namun Blackburn menyamakan kedudukan menerusi Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-25.

Mikel Arteta meletakkan Arsenal kembali mendahului pada minit ke-34 melalui gerakan bijak Aaron Ramsey, yang melorongkan bola ke kawasan tengah dan disudahkan oleh pemain dari Sepanyol itu.

Blackburn bangkit pada babak kedua bermula bermula dengan tandukan Christopher Samba, yang terkena Song untuk bola menerjah gawang Arsenal lima minit permainan bersambung.

Yakubu sekali lagi menjadi pemusnah Arsenal apabila meletakkan Blackburn mendahului pada minit ke-59.

Arsenal bertambah malang selepas Koscielny tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-68, ketika cuba mengeluarkan bola lintang Martin Olsson dan meletakkan Blackburn dalam kedudukan semakin selesa.

Marouane Chamakh yang dimasukkan Arsene Wenger berjaya merapatkan jurang kepada 4-3 pada lima minit terakhir perlawanan. – Agensi




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, September 17, 2011

Fantasy Football minggu ke-5

EPL sudah masuk minggu ke-5. Pada minggu ni diorg akan bermain pada hari ahad, 18 sept. Kali ni, inilah pemain pilihan aku untuk minggu kelima ni. harap dapat laa bagi point yg tinggi.

Minggu lepas dpt 66 point. tersilap percaturan aku pergi jual Aguero plak.. tiba-tiba hatrik plak.. ces, hehehe... Gervinho minggu ni dia main, harap-harap mamat ni score laaa.. main bola jangan asik nak marah2 jek.. kang kene kad lagi.. Jadi ape pemain pilihan korang?? dan minggu ni ada pertemuan menarik antara Man Utd dan Chelsea. korang rasa siapa yg akan menang nanti?



Jadual perlawanan minggu ke-5:

Sun, Sep 18 Blackburn v Arsenal
Sun, Sep 18 Everton v Wigan
Sun, Sep 18 Wolves v QPR
Sun, Sep 18 Aston Villa v Newcastle
Sun, Sep 18 Swansea v West Brom
Sun, Sep 18 Bolton v Norwich
Mon, Sep 19 Tottenham v Liverpool
Mon, Sep 19 Sunderland v Stoke
Mon, Sep 19 Fulham v Man City
Mon, Sep 19 Man Utd v Chelsea


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: fantasy football 2011, pemain fantasy football, summary fantasy football, fantasy football minggu ke-5, fantasy football minggu kelima, gambar fantasy football, player fantasy football 2011, Premiership Suspensions Table, epl injury list, epl suspended player, english premier league 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...