Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 24, 2025

RON95 turun kepada RM1.99

Kerajaan mengumumkan akan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

"Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas, bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.

"Apabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

"Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig," katanya dalam pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurutnya, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.

"Bagi 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun, sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.

"Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi," katanya.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

RM100 untuk semua warga 18 tahun ke atas

Kerajaan mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan sehingga 31 Disember ini bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

"Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.

"Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat membabitkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

"Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan," katanya dalam pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...