Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, June 9, 2016

Jihan Muse Pakai Kain Batik Pergi ke Pasar



Hos program Awak Kat Mana, Nabila Huda paksa Jihan Muse memakai kain batik dan baju kurung Kedah untuk pergi ke pasar untuk membeli barang masakan.

Jihan enggan memenuhi permintaan Nabila atau Abil pada mulanya, namun terpaksa akur apabila anak penyanyi rock lagenda Amy Search itu terlebih dahulu menyediakan pakaian untuknya.

Aksi mereka berkain batik dan berbaju kurung kedah telah menarik perhatian pengunjung pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara.

Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.

Sepanjang berada di dapur, Jihan tidak habis-habis mengusik Abil yang berubah karakter ketika memasak.

Abil yang selama ini dikenali sebagai seoranng yang ranggi dan ceria, tiba-tiba berubah menjadi sopan di dapur.

Jihan terkejut apabila melihat Abil tidak kekok malah bersahaja ketika menyediakan bahan masakan dan menyiapkan hidangan untuk Izwan.

Banyak lagi aksi menarik Jihan dan Abil yang boleh disaksikan dalam RMS petang ini dan jangan lupa untuk menonton program masakan lain dari yang lain ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store (pengguna Apple) dan Google Play (pengguna Adroid), menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Buku Resepi Datuk Fazley Tewaskan 200 Chef Selebriti Dunia



Buku resepi pertama tulisan Datuk Fazley Yaakob, My Sucre Story memenangi tempat pertama di Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China.

Buku yang mengandungi 35 resepi menjadi juara bagi kategori  Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe (Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV Luar Eropah) mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan Judy Ann Santos Agoncillo peserta Filipina untuk tiga tempat teratas.

Pengumuman untuk pertandingan tersebut telah diadakan di Yantai, China pada 29 Mei lalu sempena festival makanan di negara tersebut.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Gourmand International di Barcelona, Sepanyol itu disertai 205 buah negara dari seluruh dunia.

Juara Masterchef Selebriti itu telah melancarkan My Sucre Story pada bulan Mac 2016 di Singapura dan Oktober 2015 di Paris Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris, tempat pengajian beliau sebelum ini.

Antara resipi yang diketengahkan dalam buku My Sucre Story ialah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron, Puteri Mandi dan resepi warisan dari negeri kelahiran Fazley, Negeri Sembilan.

Buku ini turut memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin cuba memasak dan baking untuk kali pertama.

The World Gourmand Cookbook Awards ini memberi makna sangat besar kepada penulis buku masakan, tarafnya sebaris  Anugerah Oscars dan Sukan Olympic bagi mereka.

Pertandingan Gourmand World Cookbook Awards bermula pada tahun 1995 dan memberi pengiktirafan kepada chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti.

Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...