Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 3, 2012

Diskaun Tol Sempena Aidilfitri



Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.
"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk hari merdeka.
"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Panadol Be Prepared', di sini Jumaat.
Dianjurkan GlaxosmithKline Consumer Healthcare, kempen itu dijalankan secara bersama dengan Touch 'n Go yang mengagihkan 50,000 kad Touch 'n Go bernilai RM10 di plaza tol terpilih serta peruncit di seluruh negara sejak 1 Ogos.
Ismail berkata LLM juga meneliti semula langkah keselamatan menjelang perayaan, yang diharapkan siap minggu depan.
"Setiap musim perayaan kita melakukan persediaan rapi. Kali ini kami jangka jumlah trafik yang tinggi sehari dua sebelum 18 Ogos, selepas raya hingga ke akhir bulan memandangkan jarak sambutan Aidilfitri dan hari merdeka adalah dekat," katanya.
Beliau turut menasihati pengguna lebuh raya agar mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan teruk pada musim perayaan ini. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rumah Aznil Dirompak, rugi RM40,000



Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.
Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.
Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.
Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...