Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, August 2, 2012

Farizal Marlias Cabaran kepada Apek



Nama Farizal Marlias yang kian meniti di bibir peminat bola sepak tanah air kerana kecekapannya menjaga gawang Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, dikatakan menggugat kedudukan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama negara.

Bagaimanapun, bagi Khairul Fahmi atau lebih senang disapa Apek, gelaran penjaga gol nombor satu bukan perkara utama tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan prestasi kerja sepasukan sentiasa berada di tahap terbaik.

Malah, anak muda berusia 23 tahun itu menganggapnya sebagai satu persaingan sihat antara rakan sepasukan seterusnya mewujudkan persekitaran yang penuh daya saing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan. 

“Bagi saya tidak ada istilah nombor satu atau nombor dua dalam pasukan. Tetapi sebenarnya ia mampu mewujudkan persaingan sengit antara kami di skuad kebangsaan. 

“Apabila ada persaingan sebegitu, ia bermakna pasukan akan menjadi lebih baik dan bagus,” katanya dalam sidang media selepas meluangkan masa bersama 20 anak yatim dari Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi membeli belah sempena Aidilfitri di Mydin USJ, semalam. 

“Sebenarnya persaingan sihat ini bukan antara penjaga gol saja tetapi pada rakan sepasukan lain untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya yang juga duta jenama Mister Potato itu. 

Farisal dilihat kerap diturunkan ketika ini oleh jurulatih Datuk K Rajagobal dengan yang terbaru ketika menentang Arsenal dan Manchester City berbanding Apek yang hanya masuk padang selepas babak kedua perlawanan terutama dengan juara Liga Perdana Inggeris itu, Isnin lalu




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Skuad B-19 Malaysia kalah kepada Remaja Chelsea



Skuad bawah bawah 19 tahun Malaysia menimba pengalaman berguna apabila diuji pasukan Remaja Chelsea, yang melakar kemenangan 4-2 pada perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Selepas ketinggalan 4-0, skuad muda negara berusaha memberi tentangan dengan menyumbat dua jaringan menuju penghujung saingan untuk menceriakan penyokong yang setia menanti di tepi padang.

Jurulatih remaja Chelsea, Adrian 'Adi' Viveash gembira dengan persembahan anak-anak didiknya yang bangkit selepas kalah 1-0 kepada pasukan pilihan Leo All Stars di Bangkok, minggu lalu.

Ali Gordon, salah seorang daripada pemain skuad remaja England yang membarisi pasukan bawah 18 tahun Chelsea meletakkan Blues di depan pada minit kelima selepas menyambut hantaran pendek sayap kanan dari perancang utama, Jesse Starkey.

Chelsea menguasai hantaran bola dan menggandakan kelebihan selepas 30 minit.

Walter Figueira menerima hantaran cantik Jordan Houghton, sebelum menewaskan pertahanan Malaysia dan merembat bola ke penjuru kanan pintu gol tuan rumah.

Dua minit kemudian, tolakan Tom Howard ditepis penjaga gol Malaysia, dan sepakan sudut yang diambilnya disambut dengan voli cantik Houghton tetapi bola terkena palang gol.

Chelsea bermula garang sebaik separuh masa kedua dibuka dan bek kiri, Kevin Wright menggelecek bola memasuki kawasan Malaysia.

Dia kemudian menghantar bola kepada George Cole yang meledak gol ketiga pasukan pelawat untuk kedudukan 3-0.

Figueira melengkapkan jaringan keempat Chelsea biarpun kuisan awalnya diselamatkan penjaga gol, Izzat Rahim, namun dia berjaya menyambut bola sebelum merembatnya ke dalam gawang.

Malaysia berjaya merapatkan jurang 4-1 selepas Norhamizaref Hamid menghukum kesilapan pertahanan lawan dan Mohd. Hafizal Mohamad menambah gol kedua dengan merembat bola ke penjuru pintu gol.

Kesemua 19 pemain Chelsea kemudian dibawa menikmati pemandangan di Kuala Lumpur semalam sebelum pulang ke London pada sebelah petang.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...