Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, August 1, 2012

Apple lancar iPhone 5



San Francisco: Apple Inc sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan produk baru pada acara utama 12 September, demikian mengikut sumber yang rapat dengan rancangan itu. 

Syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu lazimnya memperkenalkan telefon pintar terbaru pada September ini. 

Ia bagi membolehkan gajet itu berada di pasaran pada musim kemuncak membeli-belah iaitu menjelang akhir tahun. 

Peranti keluaran kelima itu dijangka lebih nipis, mempunyai skrin yang lebih besar dan penyambung dok yang lebih kecil, kata sumber dan penganalisa pasaran. Syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas. 

Pelancaran Apple iPhone adalah acara utama dalam kalendar di Lembah Silikon, yang sentiasa dipantau oleh pelabur industri dan ditunggu-tunggu pengguna. 



Tarikh 12 September mungkin dipinda, kata sumber itu. 



Samsung Electronics melancarkan peranti Galaxy terbarunya beberapa bulan lalu, merampas kedudukan Apple dalam persaingan sengit bagi menjadi produk mudah alih unggul. 

Kedua-dua syarikat itu menguasai lebih daripada separuh jualan telefon pintar global. 

Blog teknologi, iMore adalah yang pertama melaporkan keluaran sulung iPhone baru pada 12 September ini. - REUTERS



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Kepantasan perenang China sangat luar biasa



Seorang jurulatih terkemuka Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kepantasan luar biasa perenang China, Ye Shiwen sebagai 'meragukan' dan membandingkan gadis berusia 16 tahun itu dengan atlet-atlet Jerman Timur yang pernah disahkan mengguna bahan rangsangan terlarang.

Pengarah eksekutif Persatuan Jurulatih-jurulatih Renang Dunia, John Leonard memberitahu akhbar The Guardian bahawa kepantasan gaya bebas yang dipamerkan Shiwen ketika menjuarai 400m rampaian individu dan memecahkan rekod dunia acara itu kelmarin, adalah sesuatu yang 'mustahil' untuk dilakukan.

Perenang remaja itu mencatat 58.68s dalam 100 meter terakhir, hanya sedikit ketinggalan berbanding bintang AS, Ryan Lochte yang merupakan pemenang lelaki bagi acara tersebut. Lebih menakjubkan, rekod masa Shiwen pada pusingan terakhir adalah lebih pantas daripada Lochte.

"Satu perkara yang saya mahu nyatakan ialah dalam sejarah sukan adakalanya persembahan luar biasa berkesudahan dengan penggunaan dadah dikesan.

"Cara dia berenang pada 100m terakhir itu mengingatkan saya perenang-perenang Jerman Timur satu ketika dulu serta perenang muda wanita Ireland dalam 400m rampaian individu sewaktu Temasya Atlanta," kata Leonard.

Leonard merujuk kepada Michelle de Bruin, yang menempah nama di Atlanta 1996 dengan kejayaan mengaut tiga emas tetapi akhirnya didapati bersalah menggunakan dadah pada 1998 dan digantung empat tahun.

Shiwen, yang persembahannya disifatkan sebagai 'gila' oleh bekas pemegang rekod dunia, Stephanie Rice, menafikan tuduhan itu.

"Tidak ada kena mengena dengan doping, pasukan China memiliki polisi ketat jadi tidak timbul masalah sedemikian," jelasnya.

Ketua suruhanjaya perubatan untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Arne Ljungqvist, tampil mempertahankan Shiwen dan menyifatkan spekulasi itu sebagai menyedihkan.

"Bagi saya ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana satu persembahan di luar jangkaan disusuli pelbagai keraguan.

"Maksud saya, untuk menimbulkan keraguan dengan cepat apabila kamu baru menyaksikan satu persembahan luar biasa adalah bertentangan dengan daya tarikan sukan."

Pengarah pasukan renang kebangsaan AS pula membandingkan Shiwen dengan pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, yang juga mengejutkan dunia apabila memecahkan tiga rekod dunia sekali gus pada Beijing 2008.

"Saya tidak pasti apakah yang dilakukan oleh China. Namun saya tidak fikir sesiapa dapat menjangka Usain Bolt berlari sepantas itu pada 2008. Ada masanya seseorang atlet mendapat kekuatan tambahan yang tidak diketahui sumbernya untuk mengeluarkan prestasi menjangkaui batasan sebenar," ujarnya. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...